KEMBALI KE KAMPUS

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum... 


ALHAMDULILLAH.. Bungaku berjaya meneruskan kuliah Semester 4 dan kembali ke kampus walaupun secara dalam talian mulai hari ini. Sebenarnya, kalau diikutkan sejak Semester 3 yang lepas, Iman sepatutnya menginap di rumah sewa dan telah membayar sejumlah deposit, namun kami terpaksa akur untuk dikembalikan 50 peratus sahaja bayaran deposit apabila terpaksa membatalkan perjanjian sewa kerana sudah terlalu lama membiarkan rumah kosong tidak diduduki kerana sejak semester lepas semua kuliah sememangnya dalam talian.

Tengok jadual Iman, boleh tahan jugaklah tapi nampaknya ada peluang untuk berjimba setiap petang Jumaat, kahhh. Babah pun dah mula sibuk dengan jadual bola, panjanglah langkah mak dengan anak ni nampaknya,huwa huwa huwa. Apapun, semoga pandemik Covid 19 ni cepat berakhir. Walaupun dah mula penat kembali dalam keadaan normal ni, menghadapi kesesakan jalanraya setiap hari, orang dah ramai di sana- sini tapi tak mahu la lama-lama hidup dalam norma baharu ni kerana mengenangkan kesusahan mereka yang terjejas kehidupannya.

Hurmmm.. adakah Iman akan kembali ke kampus secara realiti semester ini? Yang pasti Sk harap, pihak yang berkenaan dapat membuat keputusan yang betul kerana kami perlu mencari rumah sewa untuk anak-anak jika ia direalisasikan.

Iman, teruskan perjuangan.. ingat, nak berjaya memang susah tapi lebih sukar nak mengekalkan momentum itu.




Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Welcome back to "school" iman hehe... Rindu plk zmaan belajar.. Jgn msk zaman pekerjaan tau iman.. Bosan hahaha *matilanakmakkobacani 😂😂🤣

    ReplyDelete
  2. Aduhai! Begitulah cerita anak-anak ye. Mudah-mudahan Iman terus tekun tinba ilmu dan capai cita-cita.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sebagai salah seorang yang bekerja di kampus sebuah IPT, saya sangat memahami keberadaan anak2/adik2 yang menginap di rumah sewa. Ramai students saya melaluinya. Semoga Allah permudahkan kita semua. aminn.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..semoga semuanya baik-baik je..iman pun dah tak sabar tu nak masuk kolej

    ReplyDelete
  5. berjimba selalunya iman boleh kluar cari favorite food la kan heheh

    ReplyDelete
  6. Semoga anakanda Iman dimidahlan urusan dalam belajar. Semakin manis pulak senyumannnya...

    ReplyDelete
  7. Amat pun start kuliahnya, cuma jadual Amat tak berapa padat.. bulan depan dah masuk Kamsis dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh baru perasan, tajuk kita lebih kurang plak pagi ni hahahaha

      Delete
  8. Semoga dipermudahkan buat Iman...amboi..mak dia bukan main erk...nak panjang2 langkah tu...

    ReplyDelete

  9. agen dengan 100% player vs player hanya di IONQQ :)
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!