KARI IKAN KURAU SEDAP RUPANYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

MEMANG rancangan kami, selain dari JJCM, adalah singgah ke Pasar Parit Jawa dan pasar kecil di tepi tebing Sungai Pontian dalam perjalanan pulang ke JB (sebut Johor). Walaupun Sk bukan seorang yang sukakan pasar tapi rindu pulak rasanya selepas lama tak keluar daerah, hihi. Terbayang alangkah bahagianya kalau dapat telur ikan mayong, tak kisahlah sama ada di Parit Jawa atau Pontian. 

Kecewa sikit bila tak ada telur mayong di Parit Jawa, harapannya adalah rezeki nanti di Pontian tapi orang kata, kalau dah bukan rezeki, dah sampai ke mulut pun boleh terjatuh. "Dah habis kak, baru orang beli tadi," jawab kakak tomboi yang peramah semasa SK bertanyakan telur ikan mayong. 

Menyusuri pasar kecil yang memanjang di tebing sungai tu, kami disapa oleh seorang peniaga yang memujuk kami membeli ikan kurau siap potong selebar tapak tangan. Bukan sahaja lebar, tapi dipotong tebal-tebal hampir tiga inci. Menurutnya, isi ikan kurau segar sangat lembut dan sedap dimasak kari. Dengar masak kari terus kami minta dua potong, tapi dia bagi tiga potong, alasannya dia belanja. Belanja apo? Kena bayo RM30, kata belanja.. hahaha. Belanja harga, katanya. Betullah tu kot, sebab Sk pernah baca, seorang blogger fofular membayar RM36 untuk dua potong ikan kurau. Jadi, kami dapat tiga potong cuma bayar RM30, murah giler la.. besar giler tau ikannya.

Pertama kali Sk masak ikan kurau. Iman kata, selalu ikan kurau dibuat ikan masin. Sk pulak pelik, kenapa ikannya dipotong begitu tebal tapi isinya memang cukup segar dan cantik. Bila Sk google, ikan kurau mempunyai isi yang lembut, betullah kan kata peniaga tu. Jadi, logiknya, kalau isi lembut dan dipotong nipis, ia mungkin akan hancur ketika dimasak, jadi, kenalah potong tebal. Tengoklah saiznya dalam mangkuk tu, Sk belah dua tu, sebelum masukkan dalam kuali, hihi. Lepas beli kurau tu, Sk beli bendi 10 batang, tu yang terus masak ikannya semalam, sebab tak mahu bendi rosak. Kalau tak, mungkin bulan empat nanti baru dimasak ikannya, hihi.


Lawankan dengan Sambal Kak Wok yang Pak Inche buat. Begini oh perginyaaa... 
👍👍👍 siap bertambah-tambah nasi. Tak tahu apa yang sedap, kari ka.. sambal kak wok ka.. hahaha


Ikan masin yang goreng hari tu ada lagi sikit. Malam tadi kasi habis. Mentanglah berat dah turun 10 kilo, terus makan tak ingat donia kau ya???


Masak ikan dua keping aje, satu masak kari, satu goreng kunyit. Kedua-dua kepingan Sk belah dua, yang dilumur kunyit ada lagi sebelah belum goreng. Iman kata, nasib goreng sebelah aje, besar betul ikannya. Iman pun tak berdaya menghabiskan suku bahagian ikan yang dimasak kari tu. Sebab sayang isi ikan tu, Sk rela jadi tong sampah, sedap pun sedap, hahaha.


Seronok makan di luar, seronok lagi makan kat rumah, lagi-lagi sejak makan dalam pinggan kayangan awangan ni.. hahaha. Bila ada kotak baru sampai aje, Pak Inche dah taw dah tu... tapi ni nak bawa bertenang dulu sebab rasa macam cukuplah yang asas sahajo... iye ke??? Boleh percaya ke???

Kwang.. kwang... kwanggggg!


Kari Ikan Kurau dalam kuali... hurmmm... rasa macam nak beli lagi

😍😍😍




Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. laparnya tgk lauk2 hidangan semua ni

    ReplyDelete
  2. Sekali tengok jer ikan tu dah tau dah memang fresh dan memang kena potong besar2 size macam u kalau tak isinya hancur masa masak

    ReplyDelete
  3. Belum pernah ketemu ikan kurau segar. Selalu ikan yg dah dijadikan ikan masin.

    Mana SK beli pinggan tu? Kenanlah haha...

    ReplyDelete
  4. SK.....kongsi la rahsia turun 10kg tu..patutlah iman pun dah slim.nak kurus jugakkkkkk

    ReplyDelete

  5. IONQQ menyediakan pelayanan terbaik dan bisa di percaya
    ayo segera bergabung bersama kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
  6. cara-bermain-bakarat
    Trik dan Tips Main Sicbo Online – Sicbo On-line atau judi dadu online yaitu satu di antara permainan yang permulaannya datang dari kerajaan China
    WA : 0812-2222-995
    Telegram : 0812-2222-995

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!