SIRLOIN STEAK UNTUK MAKAN MALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

SEMALAM petang, Pak Inche whatsapp gambar di grup. Gambar Iman dari belakang, sedang berdiri mengadap rak minuman di pasaraya NSK dengan caption, 'Takutnyaaa'. Hahahahaha. Dua beranak tu semalam keluar membeli makanan tengahari di Mydin Medini dan kemudian terus ke NSK. Lepas tu beli daging bahagian sirloin untuk dibuat steak, makan malam kami tiga beranak malam tadi.


Tugas Pak Inche memanggang daging manakala SK menyediakan salad dan sos. Side dish kami semalam cuma salad yang dicurah Thousand Island dan Kacang Pea dalam tin yang dimasak bersama mentega. Malas nak goreng fries. Tugas Iman, buat air dan cuci pinggan. Dalam peti sejuk nampak ada bungkusan subway yang dah tinggal separuh. Patutlah muka masing-masing macam kekenyangan sangat walaupun tak ada karbo dalam pinggan. Sk pun tak habis makan, separuh lagi bahagian masuk peti sejuk, esok-esok boleh campak dalam nasi goreng, hihi.


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alahai..mat salleh sangat malam tadi ye..SA malam tadi x makan..hahaha...pesal ntah x lapar plak

    ReplyDelete

  2. Ayo bergabung di IONQQ dan nikmati deposit/withdraw yang cepat tanpa harus menunggu lama
    IONQQ menyedikaan bonus rollingan 0.3% dan referral 20%
    Ayo segera bergabung bersma kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
  3. Uish,sana sini nampak semua pakat western ni..telan ayaq lioq aih....

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnyaa!.
    Jika boleh tahu, salad Pulau Seribu itu ternuat dari bahan apa, kak ?

    ReplyDelete
  5. Wah! Sana sini jumpa hidangan omputeh saja... janji penuhi selera kan SK.

    ReplyDelete
  6. Perghhh western.. ni Kakak dah takde, takde le menu western kat rumah ni aaaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!