TIGA HARI HARI JADI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum... 


HARI kedua potong kek tanpa dirancang sebab nak habiskan baki makanan yang dimasak semasa sambutan Hari Jadi anjuran menantu yang nak sangat Bakar-Bakar Di Hari Jadi, hahahaha.


Hari yang betul-betul hari jadi.. 14 Mac 2021, kami beri Chocolate Bouquet. Ada duit RM10 sebanyak lapan keping, simbolik hari lahir ibu yang ke 80. Yang tukang sambut dan pas ke nenek ialah Iman, sebab ibu Sk ni tak suka surprise. Iman kata, nenek suka dan senyum aje. Tetiba Angah mesej dalam grup ajak semua datang rumah sebab dia nak masak Mee Bandung dengan Oden, katanya.


Angah jemput Nenek Enon. Nenek Enon ni adik ibu yang kedua bongsu. Inilah jugak bidan terjun yang menyambut kelahiran Sk 46 tahun lepas, pasal ibu takut nak pergi hospital, hahahaha. Tak silap Sk, adik-beradik ibu tinggal bertiga, yang seorang lagi di Kota Tinggi, tu jarang jumpa sebab dulu-dulu orang lain jaga... tahulah orang dulu-dulu, huhu.


Sebelah kanan ibu, ialah biras beliau, Mak Leha. Orangnya sangat lembut dan suka bercerita. Cantik dari dulu sampai sekarang, tak pernah tak cantik.


Ilham.. bersedia nak membakar otak-otak dan pepes. Iman kata, semangat Ilham mengemas sorang-sorang kat luar sebab Izzat dan Indah sibuk dengan kelas online.


Iman tolong masukkan bebola-bebola dalam sup oden. Sup oden Cik Ani yang masak manakala mee bandung dimasak oleh Angah??? Bertuahlahhh.. dia pergi order kuah mee bandung dengan Kak Sab, mee kuning aje beli.. hihi.


Iman dan Indah bersama Nenek Leha, Nenek kandung dan Nenek Enon. Indah tahun ni tingkatan dua tak silap. 


Doa selamat dibacakan oleh Tok Din atau Sk panggil Pakcik Din. Pakcik Din ni satu-satunya adik arwah abah yang masih tinggal.. pun adik kedua bongsu.


Khusyuk masing-masing mengaminkan doa.. semoga ibu diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia, Amiiinnn. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan ibu dan memberikan ucapan di laman sosial.


PKPB tak boleh ramai-ramai. Maaf ya sesiapa yang tidak dijemput. Kami pun buat makan-makan jer, kek pun tak beli dah, hihi. Cik Ani cerita, mak guru sekolah  dia sambut hari jadi ke 80 jemput satu kampung, order nasi ambeng. Sebab dia berbangsa cina, jadi dia order nasi ambeng dengan orang melayu, lah kan, supaya semua boleh makan. Sk ada lagi 34 tahun nak capai umur 80, itu kalau umur panjang.

Ibu Sk ni cuma makan ikan ya, dia tak makan ayam, tapi kambing tu favourite dia la makan dengan nasi arab atau nasi beriyani, hihi. Ibu suka Mekdi, Pizza dan makanan yang hipster-hipster. Masak memang terror la, lauk-lauk asam pedas, kari, masak lemak, tapi kalau nasi berperisa tu seingat Sk ibu jarang masak kecuali nasi minyak. Kuih-muih pun kalau dia buat tu, sekali ajelah tu, macam Sk jugak. Kek-kek butter, kek buah, memang dulu selalu buat. Sekarang pun masih rajin masak dan buat kerja rumah, tak reti duduk diam dan degil, berleter masih nombor satu, hahahahaha.. adeh!







Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selamat Hari JAdi buat semua..
    Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu..
    Aminnnn

    ReplyDelete
  2. Wah dah masuk 80 tahun. Selamat hari jadi!
    Semoga sihat selalu :)

    ReplyDelete
  3. Aalhamdulillah Ibu SK masih nampak sihat dan kuat..Happy Birthday Ibu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!