MAKAN DI DE' STESEN SEGAMAT STESEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum... 

ALHAMDULILLAh.. kenyang sudah makan tengahari berlaukkan Kari Ayam, Sambal Goreng dan Kacang Panjang Goreng yang ditapau dari Kafe Pretty Azariah (baca Kafe Kak Sab). Kononnya hari ini nak pergi makan Gulai Tempoyak Ikan Patin di Anjung Selatan, tapi bak kata orang, kalau bukan rezeki, dah masuk ke mulut pun boleh terjatuh. Sejujurnya Sk bukanlah penggemar kari ayam tapi tadi terpaksa ambil kari ayam sebab ada Ikan Masak Asam Pedas tapi tak ada isi. Yang ada bahagian kepala dengan ekor jer, lepas tu ada pulak potongan tempe goreng dalam asam pedas tu, macam pelik jer pulak, hihi. 

Pembaca Alam Sari.. ni Sk nak tanya, dah ke buat pesanan Pes Rendang Segera Mak Ayie semalam tu. Nak nak puasa ni, bolehlah beli siap-siap, senang kot teringin nak makan rendang, tak payah nak berkecah dapur bagai, badan pun tak penat, sedap pun sedappppp!

Sejak dah boleh makan berdua, bertiga, berempat dan berlima di restoran dan kedai makan, beberapa kali jugaklah kami tiga beranak makan bersama di luar. Cuma, kali ini taklah sekerap dulu. Senoko pun belum pergi lagi, hihi. Dari minggu lepas sebenarnya, Pak Inche ajak makan di Stesen Segamat ni. Belum boleh rentas daerah lagi, dah nak ke Segamat ke? Hamboiiii.

Kisahnya, masa balik jumpa klien, dia lalulah depan restoran ni. Tak silap, Sk pun macam pernah ternampak jugak tapi macam hilang dari ingatan gitu. Ialah, dengan PKP nya, kan.. jadi, minggu lepas tercapailah hasrat anak tekak nak makan di De' Stesen ni. Tengok nama kedai, macam Kluang Rail Coffee konsepnya gitu, jom!

Bersinar-sinar mata bila nampak menu Lempeng Cicah Sambal Tumis dalam kad menu yang diberi oleh staf De' Stesen. Dah lama nak makan lempeng tapi mood nak melempeng memang ke laut. Bukan apa, Sk ni kalau buat lempeng, makan tak ingat dunia, jadi.. untuk kawal keadaan, lebih baik kita beli jer. Lagipun cuma Sk jer yang suka makan lempeng, yang berdua beranak tu setakat makan sekeping jer seorang. 

Puas hati sangat makan lempeng di De' Stesen ni. Sudahlah besar, sambal tumisnya pun sedap. Lempeng tu lembut dan gebu, tepi-tepinya pulak garing. Mesti adunan lempeng ni bukan sekadar campak tepung gandum dengan air.

Iman pulak pesan Ayam BBQ Korean Style. Penuh satu tray tu oh, merayu-rayu Iman minta tolong makan bersama sebab dia ingatkan ayam tu ada tiga ketul jer, hahaha. Maaflah, mak kamu pun dah macam nak pecah perut ni nak. Sk tolong makan seketul jer. Empuk betul ayamnya dan terasa perapan rempahnya. Sos dia boleh tahan pedas juga, nasib baik ada coleslow, buat hilangkan rasa pedas tu.

Untuk Pak Inche, Cantonese Kuey Teow. Penuhhhh satu mangkuk kuahnya. Nak kata sedap sangat tu tak, tak sedap pun tak, tapi Sk rasa. ia lebih kepada Mee Ladna gitu. 

Walaupun terletak di lot paling hujung dan gelap, tapi ramai jugak pengunjung yang singgah. Pemiliknya memang bijak lah memilih nama kedai tu. Tengok jer nama Stesen Segamat, terus rasa teruja nak masuk. 

DE' STESEN SEGAMAT STESEN

Jalan Adda 7, Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor

TELEFON : 016 7185695

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau makanannya sedao.. Dalam gelap pun orang cari jumpa kan.. Hihihi

    ReplyDelete
  2. Ayam bbq korean style.. sedapppp

    ReplyDelete
  3. bila nak rentas negeri oiiii...
    nak makan sedap2 gak mcm kak seri hhahah

    ReplyDelete
  4. variasi jugak menu dia tu kan..best ni..kalo ada ke area sana, boleh lah try..

    ReplyDelete

  5. Poker online dengan presentase menang yang besar
    ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  6. ini tempat favourite huda lepak. maklumlah, dekat dengan office, hahhahahaa.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!