Assalamualaikum...
HARI ini, 14 Mac 2021, genaplah usia ibu Sk yang ke 80 tahun.
Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah, di usia ini kami masih memiliki doa seorang ibu. Di kalangan adik beradik Sk, masing-masing punya nama panggilan berlainan terhadap ibu, sebab itu di atas tu Sk tulis tajuknya 'Pulut Kuning Untuk Emak'
Pulut kuning ditempah dengan kawan Sk, Awin. Ini kali kedua Sk tempah pulut berhias dengan Awin selepas berpuas hati dengan
Pulut Kuning Tanda Kesyukuran semasa Ulangtahun Perkahwinan Sk ke 21 yang lepas. Disebabkan tak sempat menyediakan lauk untuk dimakan dengan pulut, maka Sk minta Awin buatkan pulut berinti serunding. Pulut berhias ini ditaja oleh Cikwa yang tak dapat merentas negeri untuk sambutan hari jadi emak. Terima kasih Cikwa, semoga bertambah lagi rezeki yang dikurniakan Allah swt.
Cari cake topper dalam bahasa melayu tak jumpa. Ada yang Happy Birthday..
tulah, last minit baru nak cari, ni sebab malas nak singgah kedai bakeri masa balik kerja.
Sk minta Awin buatkan pulut yang ada hiasan buah strawberry. Untungnya masa tempah kali ini, Awin dah pandai buat ukiran bunga ros dari ubi bit merah. Awin pernah beritahu, ubi bit tu susah nak jumpa, rezeki ibu la ada hiasan ros atas pulut. Naik betul seri pulutnya.
Bukan sahaja cantik tapi sangat sedap. Tak hairanlah kalau ramai yang mengulang tempahan dengan Awin. Nak buat tempahan, bolehlah follow ig Awin
awin_home.baking.taylor
Tak sah lah, kan kalau tak ada kek. Awal Mac lagi Sk sebenarnya dah membuat tempahan Rose Lime Cake dengan kawan fb tapi minggu lepas, Sk diberitahu ibu mertuanya agak kritikal. Lepas bincang-bincang dengan Iman, kami nak beli Rose Lychee Cake Secret Recipe jer, tak ada stoklah pulak. Jadi kek pilihan Iman, Hokkaido Triple Cheese Cake. Memang bertingkek-tingkek la lomaknya, hahaha.
sedap nampak pulut tu, semoga ibu SK terus sihat walafiat :)
ReplyDeletewahhhhh cantek nya hiasan pulut kuning tu!!!
ReplyDeleteHappy birthday mak..Semoga diberkati & dirahmati dari duni hingga akhirat...
ReplyDeleteharap ibu SK sentiasa sihat dan kuat.... Happy Birthday Nenek :)
ReplyDelete