Assalamualaikum...
JIKA anda sedang berada di JOHO dan sedang LAPO.. jom kita pergi makan ala-ala dalam taman sambil ditiup angin sepoi-sepoi.. Nak ikut tak? Kita makan santai-santai dalam suasana terbuka. Boleh ajak keluarga, boleh ajak kawan-kawan. Tapi, kalau mak pak atau kawan jenis yang cerewet tak payahlah bawa pergi sini, nanti dia pot pet pot pet takut menanah pulak telinga, hahaha.
Tempat ni memang untuk orang muda agaknya. Tapi orang tak berapa muda macam Sk ni memang sangatlah suka tempat-tempat macam ni terutama sebab ada makan-makan. Sk dan makanan berpisah tiada, huhu.
Macam-macam ada, dari makanan tradisi Johor hinggalah makanan hipster. Tepuk poket dada tanya selera, gituh.
Sambil pilih menu, sambil cuci mato. Banyak barangan lama menjadi pameran dalam kedai.
Semua makanan yang dijual telah dipek siap-siap. Jika nak makan di sini, mereka akan panaskan makanan kita dalam microwave.
Lepas makan atau sebelum makan boleh jalan-jalan dulu di Paso Minggu.. tengok dalam gambar, yang gerai-gerai warna merah tu untuk membeli-belah. Ada pakaian dan mainan.
Nampak jer ubi rebus dengan sambal tumis terus terliur. Ubi direbus empuk, sambal tumis pun sedap sangat. Sk beli juga Popiah Bergedil, sedappp.. cicah sambal kicap meletop. Tak Johor la kalau tak ada itu sambal kicap, hehe. Yang dalam botol warna kuning tu jus jagung pekat likat. Patutlah dia bagi ais kosong banyak, supaya kita boleh adjust jus jagung ikut citarasa.
Mee Rebus Tetel Temasek untuk Pak Inche. Mee sedap tapi agak masin, kalau dia kurangkan masin dan tambah gula sedikit mesti lebih sedap. Kuahnya pun tak cukup nak digaul dengan mee. Eh, jangan awak kurangkan mee pulak lepas ni, hihi. Lotus Biscoff Cheesecake untuk anak kesayangan hamba (Ada ke orang tak sayang anak???)
Ada orang buntut kematu duduk atas bangku kayu, hahaha. Dua cebis aje kayunya nak menampung punggung, mana tak sakit. Maklumlah, orang umur 50 mana sama saiznya dengan orang umur dua puluh, hahahaha.
Tempat best, suasana best, parking banyak.. boleh datang lagi, bawalah duit banyak-banyak kalau nak datang sebab makanannya taklah murah sebab berkonsepkan vendor, kita faham-fahamlah banyak kos yang perlu ditampung. Kalau ada kipas bateri tu boleh bawa letak atas meja sebab panas,. lalat pun boleh tahan jugak mengganggu.
LAPO JOHO
Buka setiap hari kecuali Isnin - 7 pagi hingga 6 petang
Bestnya. Jeles ni.
ReplyDeletehehehe
Deletewah menarik nya konsep dia...
ReplyDeleteala-ala berkelah gitu..
cop ni area mana eh?
ni belakang Bello Hotel, Stulang
DeleteSyokk tengok Sk bercuti. Cantik cantik pulak tu tempatnya.
ReplyDeletehehe.. masa ni dah balik rumah
DeleteMacam makan dalam taman
ReplyDeletebetul wak
Deletewahh komen makan2 yg jujo.. lalat beberapa eko pon kene sebut jugak erk mak.. hehehe
ReplyDeletealamak, jangan merajuk
DeleteRasa kematu tu mesti hilang bila ngadap makanan sedap2 tu SK.
ReplyDeletehehehhe.. kita okey jer
Delete
ReplyDeletedapatkan jackpot yang besar hanya di IONQQ
WA: +855 1537 3217
seriously cantik gila tempat dia
ReplyDelete