DATANG CEPAT SALAH, LAMBAT LAGI SALAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

SABTU lepas, bersemangat keluar rumah seawal jam 9.30 pagi bila Pak Inche mengajak ke pasar kecik tepi Sungai Pontian. Dah terbayang piring telur ikan mayong yang disusun berderet menanti masa dipinang orang. Bersinar-sinar keemasan dipanah cahaya matahati yang memanco-manco. Ini kali ketiga datang nak cari telur mayong.

Sampai di simpang Kampung Sungai Bunyi, di sebelah kanan, nampak warung yang meriah dipenuhi pelanggan. Tanpa diduga, Pak Inche tanya, jika Sk nak bersarapan dulu di situ. Iyolah, dia ni selalunya, selagi tak sampai ke pasar, jangan haraplah dia nak singgah makan dulu. Selesai ke pasar, baru cerita pasal makan, haha. 


Warung kampung tapi meriah, hanya ada dua meja kosong, belum duduk betul-betul dah ditanya nak makan apa, bagus, servis terbaik, hehe. Sk macam biasalah, lontong semangkuk, belum lama, lontong pun sampai. Kuahnya pekat melikat, membuatkan rasa kuah lodeh kurang asli. Sambal tumis dan sambal kacang melimpah atas sayur lodeh. Ada tauhu dipotong segitiga sebelah bahagian dengan telur sebiji. Rasanya masih sedap, tidak mengecewakan cuma tekstur santan tu agak pelik. Jadi, untuk Iman, Sk tapaukan roti bom sebab Sk rasa Iman pun tak suka kuah melekit cam tu, hihi. Masa nak balik, nampak pulak Laksa Johor atas kaunter, eh, tapau LJ pulak, sampai rumah, Iman terus buka bungkusan LJ bukan roti bom kegemaran dia, sedap Iman kata LJ tu, haaa.. nasib kenyang lagi, hihi.


Pak Inche order roti telur. Lepas tu dia tanya, nak sate tak? Haa.. masa sampai memang teringin jugak nak sate tu, terus order sepuluh cucuk. Roti canai sedap tapi kuah cair bair. Sate memang terbaik, besar-besar, padanlah dengan harganya RM1.20 secucuk. Garing dibakar tapi tetap juicy, memang sedap sangat. Sk makan dua cucuk jer, Pak Inche makan empat, ada lagi empat cucuk, Sk cakap yang ni kita bungkus untuk Iman. Nak order lain, nanti kena menunggu pulak. Tengah masukkan sate dalam plastik, terus Pak Inche ambil masuk mulut lagi secucuk, bertuah betul! 

Lepas makan, kami meneruskan perjalanan ke pasar.. sampai pasar, jangankan telur mayong, telur tembakul pun tak ado. Haiiii... mana nak cari batu belah batu bertangkup ni😢😢😢 Bila ditanya, katanya, belum sampai.. nanti pukul satu baru sampai. Aik, hari tu datang pukul doblas kata dah habis, datang pukul sepuluh, kata pukul satu pulak.. sedih... sedih.. nasib baik dah dapat makan sarapan, kalau tak ada makan orang karang.. huwa huwa huwaaaa
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sibbaik dia tak soh mak gi tangkap sendiri telur ikan tembakol tepi pantai pontian banyak2 tuuuh., hehehe

    ReplyDelete
  2. kalau kuah roti canai cair, i mmg akan ratah makan roti saja huhuhuh

    ReplyDelete
  3. Sedapnya lontong tu kak SK. Saya pulak suka kuah pekat. Sambal kena asing. Hihi
    Mujur sate tu berbaloi dengan harganya :)

    ReplyDelete
  4. Nasib SA x suka lontong..x tau apesal ntah x makan lontong ..daru kecik x suka..tp satay tu..uiii... terliur laaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!