Shopee memenuhi permintaan membeli-belah pada tengah malam pada 4.4 Hari Jualan Mega, menyaksikan peningkatan 6 kali ganda untuk barangan dijual semasa Midnight Mega Sale yang berlangsung selama 2 jam

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Shopee memenuhi permintaan membeli-belah pada tengah malam pada 4.4 Hari Jualan Mega, menyaksikan peningkatan 6 kali ganda untuk barangan dijual semasa Midnight Mega Sale yang berlangsung selama 2 jam.

Permintaan tinggi daripada para pembeli didorong oleh tawaran hebat tanpa henti dan Midnight Mega Sale serta Shopee Premium Brands Festival yang baru diperkenalkan


KUALA LUMPUR, 6 APRIL 2021 - 
Platform e-dagang Shopee telah merekodkan 4.4 Hari Jualan
Mega pertama yang cemerlang. Pada Midnight Mega Sale yang berlangsung dari jam 12 tengah
malam hingga 2 pagi, jumlah barangan yang dijual di Shopee meningkat sebanyak 6 kali ganda
berbanding hari biasa. Di seluruh rantau ini, para pengguna juga telah menikmati hiburan tanpa
henti dengan permainan dalam aplikasi Shopee dimainkan secara purata sebanyak 80 juta kali
setiap hari dan Shopee Live ditonton secara purata selama 32 juta minit setiap hari.

Pada 4 April, 4.4 Mega Celebrity serantau Shopee, MAMAMOO, turut memikat hati jutaan
peminat dan pengguna dengan persembahan eksklusif untuk lagu hit terbaharu mereka ‘Hip’
dan ‘Egoistik’ di Shopee Live.

Shopee telah merungkai peluang pertumbuhan baharu untuk rakan jenama premium di Shopee
Premium Brands Festival yang pertama. Di seluruh rantau ini, lebih ramai pengguna beralih ke
Shopee Premium buat pertama kalinya, dengan 4.5 kali ganda lebih banyak pesanan direkodkan semasa festival tersebut berbanding minggu sebelumnya. Di Malaysia, jenama-jenama Shopee
Premium menyaksikan peningkatan pesanan yang menggalakkan sepanjang kempen, dengan
Elizabeth Arden, Laneige dan L’Occitane antara jenama yang terlaris. Antara barangan premium
yang paling popular ialah sleeping mask, serum kecantikan dan pakaian fesyen.


Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Kami sangat berbesar hati menyaksikan
prestasi hebat bagi 4.4 Hari Jualan Mega pertama ini, dalam pada kami membawa keseronokan
acara membeli-belah kami kepada para pengguna sepanjang tahun. Shopee sentiasa
mendahului dalam perkembangan trend pengguna di pasaran, dan Midnight Mega Sale serta
Premium Brands Festival merupakan antara kaedah kami melakukan pembaharuan untuk
memenuhi keperluan para pembeli kami. Kami berterima kasih atas sokongan padu yang
berterusan oleh pengguna, penjual dan rakan jenama pada acara membeli-belah utama kami
yang pertama pada tahun ini, dan akan terus memberi nilai yang lebih baik kepada semua
pembeli sambil membantu jenama-jenama dan para penjual mempercepat pertumbuhan
mereka di Shopee.”

Sorotan Shopee 4.4 Hari Jualan Mega di Malaysia
Di Malaysia, 4.4 Hari Jualan Mega membawakan nilai hebat kepada pembeli melalui tawaran
menarik daripada pelbagai jenama dan penjual. Rakyat Malaysia mengambil peluang untuk
memenuhi keperluan harian dan kediaman mereka dengan Kelengkapan Rumah dan Kediaman,
Kesihatan dan Kecantikan, Barangan Runcit dan Barangan Haiwan Peliharaan serta Barangan
Elektronik muncul sebagai kategori terlaris pada 4 April.

● Kelengkapan Rumah dan Kediaman: Ibu bapa membeli barangan alat tulis untuk anak-
anak mereka dengan lebih daripada setengah juta unit dijual, sebagai persiapan untuk
kembali ke sekolah pada minggu ini.

● Kesihatan dan Kecantikan: Shopee menyaksikan permintaan untuk pelitup muka
kembali meningkat, dengan lebih daripada 5.7 juta keping dibeli, memandangkan rakyat
Malaysia membuat persediaan untuk kembali ke pejabat dengan kapasiti penuh. Ini
berikutan pengumuman pihak Kerajaan yang telah membatalkan arahan kapasiti 30%
untuk pejabat di seluruh negara.

● Barangan Runcit dan Barangan Haiwan Peliharaan: Bekalan keperluan rumah mencatat
peningkatan jualan yang tidak dijangka, dengan pembelian bagi penghalau nyamuk
mencatat jumlah sebanyak lebih daripada 24,000 unit, berkemungkinan disebabkan oleh
cuaca panas yang sedang melanda negara ini.

● Barangan Elektronik: Para pembeli mendapatkan produk untuk membaik pulih dan
membersihkan tempat tinggal mereka pada 4.4 Hari Jualan Mega ini, dengan lebih daripada 12,000 pesanan untuk pembersih vakum yang dibeli daripada jenama seperti PerySmith, Xiaomi dan Airbot. Telefon bimbit dan gajet mudah alih turut menerima permintaan yang tinggi, dengan POCO mencatat jualan lebih daripada 14,000 unit telefon pintar pada 4 April di mana para pembeli dapat menikmati diskaun hingga RM200 pada telefon tersebut.


Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bila sebut shopee ni..aduh. Ni promosi raya pun dah ada.

    ReplyDelete
  2. 4.4 tu termasuk yang saya beli la nampaknya..heheh.. tapi ada barang yang hari ni masih belum sampai. tak pe la.. baca ni baru tau ramai rupanya yang beli.mesti posmen sibuk. lgipun tak rushing pun nak guna barang2 tu. sabar jap...

    ReplyDelete
  3. ayo daftarkan diri anda di AJOQQ :D
    menangkan jackpot dengan sebanyak-banyaknya :D
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!