BERTUGAS KONVOKESYEN KPYPJ KE 23

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum wbt


ALHAMDULILLAH.. Selepas dua tahun tiada Majlis Konvokesyen, tahun ini dapat dilaksanakan juga Majlis Konvokesyen Kumpulan Pendidikan YPJ ke - 23. Majlis konvokesyen kali ini melibatkan graduan yang tamat pada 2019, 2020 dan 2021 sebanyak lima sesi.


Tahun 2019, SK tidak bertugas semasa konvo kerana ada urusan di Ipoh. Sejak bekerja dalam bidang pendidikan telah berpuluh kali bertugas semasa konvokesyen. Pernah jadi pengacara majlis, usherer majlis, usherer jemputan, usherer graduan dan usherer cenderahati. Tahun ini Sk ditugaskan di bahagian jemputan ibubapa. Kurang stress, selepas majlis bermula dan pintu dewan ditutup, dah boleh balik.


Sk cuma bertugas pada sesi kedua, hari Sabtu iaitu sesi petang. Kolej sepakat untuk mengulang tema tahun 2019 di mana staf wanita akan memakai pakaian songket. Walaupun begitu, ongkosnya di bawah tanggungan sendiri. Ada pembekal pakaian songket siap datang ke pejabat. Tiada paksaan pun sebenarnya untuk membeli. Terdapat dua pilihan iaitu potongan Riau dan Kurung Moden.


Sk pilih kurung moden warna hijau zamrud. Sebelum keluar rumah bergambar dulu depan pagar berkarat dengan latar belakang rumah dua tingkat yang berhadapan dengan rumah setingkat iaitu rumah Sk.


Kalau beli baju ready made, lengan mesti senteng. Begitu jugak jika hantar tukang jahit kain yang berkaki. Memang tak cukup panjang. Tapi, dulu ada seorang tailor di Parit Raja yang pandai curi kain. Jahitannya tak pernah mengecewakan. Mana yang tak sampai, dia akan sambung tanpa dapat dikesan jahitan sambungan tu.


Kami berempat petugas jemputan/ ibubapa. Seronok memasing, sebab dapat balik awal. Naza pilih songket biru tua dan Kak Narimah pilih hijau pucuk pisang. Rafidah tak pakai songket sebab ada masalah sikit. Haishhh... masa Program Ambang Merdeka tu pun, dia buat hal.. ni buat lagi. Tapi, baju dia ni pun ala-ala songket jugak dalam gambar, kan.


Berbeza, bukan halangan untuk ceria bersama. Sk berdiri senget sikit, konon tak nak nampak ketara tinggi dari orang lain, tapi tetaplahhhh.. hahaha. Teringat dulu-dulu, kalau nak bergambar ramai-ramai, kena berdiri di barisan belakang. Diskriminasi terhadap orang tinggi. Tapi sekarang, lantakkkk.. hahaha.


Bila dah masuk alam pekerjaan, jumpa kawan-kawan yang lebih tinggi dari Sk. Haaa.. ni Ina, Fashion Designer dari Kolej Kemahiran Johor cawangan Batu Pahat. Tinggi sedikit dari Sk. Tapi, ada lagi tau lagi tinggi. Ina ni dulu yang jahitkan vest pengawas Iman masa sekolah sebab tak jumpa saiz di pasaran.


Jarak umur dan daerah berlainan bukan halangan kami jadi rapat. Tapi, tak tahulah bila agaknya SK nak jejak kolej Batu Pahat tu, haha. Tak pasti Ina bertugas di bahagian mana. Nampak sibuk jugak ke sini ke sana. Yang penting dah lega, kalau tak asyik ditanya, bila nak konvo? Bila nak konvo... sampai naik segannnn kita.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. iya kak...saya tak boleh kain berkaki 2 + 2 macam ni. maklumla...body kita ikut size europe

    ReplyDelete
  2. Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

    ReplyDelete
  3. Nampak elegan.
    Seronok apa kalau tinggi.

    ReplyDelete
  4. Kita geng tinggi haha...
    Lawa warna pilihan SK tu, sama taste dgn PH :)

    ReplyDelete
  5. Cantiknya songket..
    Ingatkan SK pakai warna hitam..rupany hijau ye..
    Nak cari songket hijU jugak lah...🥰

    ReplyDelete
  6. mesti iman yg snap gambar kat depan pagar tu...pandai dia. nampak kurus slim nau-nau.

    ReplyDelete
  7. Cantiknya baju akak. Warna tu menyerlahkan warna tenunan songket tu. Kalau saya pulak kalau beli baju kena potong lengan, potong kaki baju potong kain..serba labuh..hehehe...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!