MAKAN DI TEH O AIS 50 SEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum... 


INILAH ceritanya makan Pulut Mangga hari tu. Ah, jangan ditanya Pulut Mangga Sk dah menjadi ke belum. Mangga habis, pulut belum beli, hihi. Tapi jangan risau sebab malam tadi Pak Inche dah belikan mangga yang lain, doa-doalah berhasil PM Sk, Amiiiinnnn. Terima kasihlah saudari yang mendoakan kerajinan Sk tu, hihi.

Dah lama plan nak makan di Teh O Ais 50 Sen ni tapi kena tunggu Pak Inche tak ada sebab dia tak nak makan kat sini selepas satu kejadian. Kejadian itu biarlah menjadi rahsia, hehe. Tapi, Pak Inche ajelah yang serik, Sk tak serik pun, huhu. 


Iman, penggemar Bihun Tomyam. Rasanya sejak sekolah dulu kalau pergi tempat-tempat macam ni, Iman akan order bihun tomyam. 


Sk pilih Boat Noodle. Nilah salah satu sebab Pak Inche tak suka sebab ada telur burung dalam tu, hahaha. Padahal tak menjejaskan pun rasa boat noodle tu. Sk sebenarnya nak makan nasi kerabu tapi masih kenyang makan kek Sakura Caramel tu. Iyo.. dari lepas kat sana nun terus ke sini sebab Iman kata macam tak kenyang lagi, kahhhh. Pasal nasi kerabu tu, kebetulan pulak rupanya nasi kerabu memang dah habis pong.


Banana Caramel yang ni wajib la siapa datang sini jangan lupa order, sedap namatey.. Pisang dibakar dan dituang sos karamel, ada pulak aiskrim vanilla tertenggek kat situ, wallawehhh!


Nampak macam nak kena repeat ni sebab dah berapa kali datang masih tak dapat nak cuba nasi kerabu dan nasi komok, huhu. Siapa nak ikut, jom!

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. banana caremel with vanilla ! manisssss

    ReplyDelete
  2. bihun tomyam iman tu dh macam laksa sarawak kak.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Ok saya suka pisang karamel itu!! Nal2 dia letak eskrem vanila plk tu. Perghhh mmg naik la nafsu mkn ni haa

    ReplyDelete
  4. Menggoda betul la pisang karamel tu! Nampak dalam gambar pun sedappp dah.

    ReplyDelete
  5. Awat tiba-tiba rasa nak makan bihun tomyam pulak ni :p

    ReplyDelete
  6. Hahahaha
    Kalau dah jumpa pulut mangga readymade yg sedap,baik makan jer kat situ Sk.Takyah la buat,bukan nak makan banyak manapun..😁😁😁
    Tapi pisang tu memang terserlah kesedapannya tyuuu

    ReplyDelete
  7. main poker dengan banyak penghasilan
    ayo segera hubungi kami
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!