THE ROYAL PULUT KUNING

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum... 

SYUKUR hajat nak belanja kawan-kawan pejabat Pulut Kuning sempena Iman naik Semester 4 telah termakbul. Selain dari menempah, cara tersenang sekali ialah membeli Pulut Kuning Rendang Daging ni terus dari Warung 60-an Kampung Pasir. Kalau nak tempah, banyak pulak terma dan syaratnya, kan. Lagipun, bukan nak pesan berpek-pek, cuma belanja kawan-kawan yang terlibat dalam Projek Oden sajo.


Sebelum hulur Pulut Kuning, tanya dulu sama ada makan atau tak, pulut? Sebab Sk biasa jumpa orang yang tak makan atau tak suka pulut, tapi tetap ambil jika ada orang lain edarkan pulut kuning macam ni. Kalau sendiri dah ambil tak makan, kemudian bagi pada orang yang makan, tak apa.. ni terbiar berhari-hari sampai berkulat pulut kuning tu. Dalam hati cakap, kau bagi aku pun tak apa, kalau tak nak makan. 

Ini bukan masalah ikhlas tak ikhlas, macam orang kata, janji kita dah sedekah. Soalnya, yang memberi tentunya keluarkan modal RM bukan ailio, huhu. Sedih oh kalau tengok makanan dibuang begitu saja.


Yang bergenang tu bukan minyak yang banyak tapi wap dari rendang daging tu campur sikit sahaja minyak. Macam Sk beritahu, minyak boleh jadi pengawet makanan kita supaya tidak mudah basi.

Bagi warga JB yang nak beli pulut kuning ni, bolehlah terus ke

The Royal Pulut Kuning
Warung 60-an Kampung Pasir

Jalan Manggis, Kampung Pasir, Tampoi

Telefon 013 7788846

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wahh kg pasir depn angsana tu kannns.. 😅

    ReplyDelete
  2. Teringin nak buat pulut kuning rendang daging lagi. Hari tu makan tapi tak puas hahahaaa.

    ReplyDelete
  3. Rezeki kawan kawan SK dapat makan pulut kuning harini.

    ReplyDelete
  4. tadi yasinan kat surau pun dapat tapau pulit kuning

    ReplyDelete
  5. Tak pernh try lg pulut kuning dia..ritu mkn lempeng dgn asam pedas jew..nnt nk cuba.

    ReplyDelete
  6. Saya kalau orang bagi pulut kuning sekali dgn rendang tak pernah menolak.syukur sangat2

    ReplyDelete
  7. ibubapa murid2 abe kie yg nak ambik spm dulu pun akan bg pulut kuning n rendang ayam kpd kami guru2nya...

    ReplyDelete

  8. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong, bandar66, perang bacarat dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
  9. kalau tak makan, jgn la ambil kan... sayang.. rezeki tu blh kongsi dgn org lain sama

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!