SARAPAN DAN CARI LAUK DI PONTIAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2 minute read
5

 Assalamualaikum...

SABTU kedua di tahun 2022. Pak Inche ajak ke Pontian, jalan-jalan cari ikan katanya. Sebelum tu, hantar Iman ke pejabat dan rancangannya hendak bersarapan di kopitiam, tapi aisehmannn.. tatawlah apa nasib, ini kali ke empat percubaan nak bersarapan di kopitiam ni, mungkin masih belum ada rezeki. 

Port kegemaran Pak Inche setiap kali ke Pontian, ialah Warung An dan Maiza, Simpang Kampung Sungai Bunyi. Pak Inche pesan sepinggan mee rebus. Tengoklah tangan tu, tak sabar-sabar nak makan. Mee rebus sedap dan yang penting, tak manis.


Dua kali kecewa, nak makan kopitiam belum buka, nak makan lontong tak ada. Hurmm.. makan roti telur aje la. Roti lembut dan sedap cuma kuah dia likat macam ada tepung. 


Lepas sarapan, terus ke pasar yang terletak di tebing sungai ni. Seronok pergi ke sini berbanding ke pasar dalam bangunan. Cuma laluan tu sempit, pandai-pandailah cemana nak elak orang.


Kerang pun banyak, tapi belum ada hati nak makan kerang. Dia kalau tak ada, teringat tapi bila depan mata, tak nak pulak.


Mintak Pak Inche belikan siput. Masa baru kahwin dulu RM6 sekilo. Ddah nak masuk 22 kahwin ni, dah jadi RM16 sekilo. Siput ni dah siap bungkus sekilo-sekilo.


Rancangnya nak masak lemak cili padi, pergilah kedai Haji ASK, nak beli kelapa parut, tapi tak ada kelapa. Pergi kedai kedua, lat tiga kedai dengan Haji ASK, kelapa tinggal tiga biji tapi tak elok. Kedai yang ketiga, kedai baru buka kat taman, nampak kelapa dia banyak, mujurrrr.. bukan tak boleh guna santan kotak tapi Sk nakkan hampas kelapa tu, gaul kat siput dan biarkan semalaman sebelum dimasak untuk men'suci'kan siput yang hidup dalam lumpur tu.


Suruh budak nama Yummy ni jaga siput jangan lari, hihihi. Cari-cari bakul tak jumpa, pelik pulak, dah kena tutup dengan bakul buah. Dahlah bakul ni lubang dia besar-besar. Nasib baik cengkerang siput tu tak lepas. Jangan dia tinggalkan cengkerang sudahlah, esok tengok-tengok semua cengkerang kosong, siputnya dah lari, hahahaha. Boleh ke jadi cam tu??? Hahahaha.. hahahaha.






Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tak suka jugak kalau dapat mi rebus manis. Aduhaii banyak kempunan tu. Semoga mendapat dilain hari. Bestnya shopping seafood fresh macam ni. Dia macam tu lah kalau ada tak teringin pulak kan. Siput nak melarikan diri tapi tak kesampaian pulak. haha...mujur tak terlepas.

    ReplyDelete
  2. Adoiii....memang kimia la SK ...
    Petang semalam anak teruma saya beli lauk itik salai dan siput sedut masak lemak cili api..Sedap ya ampun,padahal saya bukan peminat siput sedut .
    Kat sini sekilo siput mentah doploh henggit

    ReplyDelete
  3. Sedapnya siputtttt...tapi kalau SA masak kat rumah tu SA sorang je makan...tapi kira ok la kan..sekilo SA sorang...hahahaa....amboiii..imaginasi SK...tapi terfikir gak..bleh ke siput lari tinggalkan cengkerang....hahaha

    ReplyDelete
  4. saya pun selalu shopping ikan kat tebing sungai bakek tu. tapi biasalah, bila ada depan mata..tak pandang,
    bila takde...bunyi la teringin itu ini. dan suami pun memberi jelingan makrifat, "haritu orang tanya kata tak nak..ishhh dia ni"

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!