MAKAN MALAM DI PAK DIN KOPITIAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

HARI ni, Sk ambil cuti. Dahsyat ek, orang lain yang raya, kau yang cuti beriya 😂. Kononnya, kali ni nak jjcm ke pantai timur. Siapa lagi kalau bukan Pak Inche kita tu ler. Itu nanti kita cerita ya. Kita pergi Pak Din Kopitiam dulu.


Nak pergi makan tempat lain, lalu depan Pak Din Kopitiam (PDK), eh.. dah buka malam la. Sebelum ni perniagaan kopitiam Pak Din cuma sampai pukul 4 petang. Sampai tempat makan sebenar yang nak dituju, hujan turun lebat tiba-tiba. Tak jadi turun kereta. Pusing balik depan PDK, hujan dah berhenti, kami pun singgah PDK.



Kopi O Panas untuk Sk dan Kopi Ais untuk Iman. Pak Inche minum Teh O Panas. Dua beranak tu makan roti bakar seorang satu set. Iman order juga Chicken Chop dan Mee Kari untuk Pak Inche. Oh, ada dua biji telur separuh masak untuk Pak Inche.


Sk pesan Sandwich Club. Sandwich dengan inti Telur Mayonese dan limpahan kentang goreng. Kentang goreng sedap, panas, empuk dan gebu. Sajalah 'pelawa-pelawa ayam' Pak Inche sandwich tu satu, dia makan betul-betul pulak. Tulah, jadi bini jangan baik sangat, hahahahaha.. hahahahaha.

Pak Din Kopitiam Puteri Harbour

RG-04 & RG-05 Residensi Encorp, Persiaran Puteri Selatan, Kota Iskandar, 79100 Nusajaya, Johor

Tel 017 3875323

Buka setiap hari
9 pagi hingga 10 malam 
(Kalau pekerja PDK tak kepenatan😜)





Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya nampak sndwich tu...agaknya sebab tu pelawaw ayam pun disambarnya..🤣
    Wah....JJCM
    Nak itot....
    Nak kirim nasi dagang atas tol ngan teh ombak rindu😍
    Kalau lalu Gong Badak...bunyikan horn panjang yer..kot2 tuan tanah kedaung dengar🤣

    ReplyDelete
  2. Lepak Kopitiam haruslah mengopi. Pantang pelawa.. hehehe...sabar je lah.
    sedap makan fries panas panas tak liat.

    ReplyDelete
  3. Malam ni kita malas makan nasi...kiter makan roti bakar sajork...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!