MAKAN DI MAMAK AWANGAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum...

SEMALAM kan hari gaji. Biasanya pada hari gaji, Pak Inche akan minta Sk belanja makan, jadi semalam atas persetujuan bersama, nak makan malam di Kedai Mamak Kayangan.. hahahaha. Kat mana? Tu kena tunggulah bila kami dah makan di sana, sebab sebaik sampai kedai mamak tu.. Sk dah jalan lagi nak beberapa meter jer depan pintu kedai, Iman panggil. Toleh, tengok Pak Inche berdiri sebelah kereta dengan wajah blurrrr.. "wallet tak ada?" Apo???? Wallet tak ada?? Dah sudahhhhh.. tua bebeno dah ni sampai wallet pun lupa bawa. Nyawa oi wallet tu 😭

Pak Inche ajak patah balik rumah, padahal kan nanti makan, Sk yang bayar. Dia takut wallet tercicir sebab dia tak boleh nak 'flash back' langsung. Tapi, perasaan Sk menyatakan, dia memang lupa bawa. Nak tak nak, kena balik jugaklah. Sampai rumah, memang elok jer wallet tu kat tempat biasa. Hurmm.. Takkanlah nak pergi semula ke Kedai Mamak Kayangan tu, kan. Ajak pergi Richiamo Coffee, Pak Inche tak setuju, bukan 'taste' dia, kan. Ke Mamak Awangan la kita.


Pak Inche pesan satu tosei, satu roti canai. Sk nak Nan Cheese dengan Ayam Tandoori. Iman kata, tak nak makan. Elehhhh.. macam tataw dia merajuk tak dapat makan Mamak Kayangan 😜

Pak Inche kata, macam tak kenyang la, jadi dia nak order mee goreng, kongsi makan katanya. Rupa-rupanya, dia terliur duduk mengadap orang goreng mee, patutlaaaa. Pak Inche kata, sedap mee tu, tapi bagi Sk biasa aje. Sebab masih ada rasa mee kuning, huhu. 


Nan Cheese makan kongsi dengan Iman. Bagus jugaklah Iman tak order apa-apa, sebab portion nan cheese dengan ayam tandoori ni memang besar. Kalau makan seorang, memang tersandarrrrr, hahahaha. Nan Cheese dan ayam di sini, memang tak pernah menghampakanlah. Yang penting, Pak Inche la bayar makan sebab dia buat salah, kan.. hahaha.

Burpppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Terus rasa nak makan nan ayam tandori.. sedapnyaa...

    ReplyDelete
  2. Adeh, boleh pulak terlupa wallet. Sudahnya kena denda membayar. Terbalik pulak Pak Inche belanja. Alololo merajuk lak Iman. Potong mood kalau mi kuning masih ada rasa kapur. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, nasib baik ayam tandoori ngan nan cheese sedap jer.

      Delete
  3. Cerita wallet tertinggal / hilang memang mencemaskan. Memang betul tu, nyawa kita kan SK.
    Alahai...kalau mee kuning masih ada ada rasa kapur, kita pun stress nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur sebelum tu memang tak ada singgah mana2, jadi sy taklah risau sangat.

      Delete
  4. saya suka ayam tandori. kadang beli ayam tu je ratah gitu.

    ReplyDelete
  5. Hadoi....kimia apakah ini?
    Kita pun ada peristiwa hampir sama dengan PI tapi hari Isnin..Kesannya sampai hari ini migrain🤭

    ReplyDelete
  6. Sudahnya memang bertuah tu merajuk x makan la ye SK...amboiii....nampak sedap plak mee goreng mamak tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!