MAKAN DI THE J SERI ALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum... 

KADANG-KADANG kita sebenarnya bukan lapar tapi bosan. 

Haaa.. tu cerita kalau di rumah, asyik nak cari makan di dapur. Kalau dah tak ada apa, didihkan air (kami tak ada kowe, kuko atau apa-apa seumpamanya 😝), bancuh kopi, celup biskut kaka. Paling hebat, masak ramen la.. hahahaha.

Jadi, disebabkan terlanjur dah berada di luar kawasan masa hari Sabtu tu, Sk terus teringat untuk mengajak Iman ke The J Seri Alam yang terletak di Bandar Seri Alam. Kalau dari rumah Sk, semata-mata nak ke BSA ni memang idok ler.. jauhhhhh dan jammed pulak lagi. Bak kata Iman, rasanya kali akhir ke BSR ni masa tu nak makan di Der Cabin, lepas tu macam tak ada lagilah datang situ semata nak makan. 

The J ni merupakan sebuah medan selera di bawah satu bumbung yang bukan dalam mall. Yang bestnya di sini, kita tak perlu untuk bergerak memilih makanan dari satu stall ke stall lain. Selepas mendapatkan meja, kita akan diberikan satu buku menu merangkumi semua stall di The J dan kertas pesanan. Selepas menulis pesanan, bawa pesanan tu ke kaunter untuk bayaran, lepas tu tunggu jer makanan dihantar ke meja tak kisahlah dari stall mana pun. Cakap ajalah nak makan apa, semua ada dari masakan tempatan, western, arabian, indian, korean.. semua ada la... 


Dah berpuluh tahun tak jumpa kombinasi dua makanan ni yang biasa Sk makan di Medan Selera Sungai Segget setiap kali balik dari mengajar kelas malam dulu. Masa tu, Sk mengajar di sebuah kolej swasta yang menawarkan kursus separuh masa untuk mereka yang dah bekerja. Zaman tu, belum ada kereta dan Sk perlu menukar bas di hentian Sungai Segget, jadi, sebelum balik tu wajiblah singgah situ makan Roti John dan Sup Kambing, haha. Sungai Segget tu pun dah tak ado apatah lagi medan seleranya. Lepas dipindahkan ke celah-celah kedai di Jalan Wong Ah Fook tu, adalah sekali dua Sk ke sana, itupun duluuuuuu. Tak sanggup dah nak makan kat situ, huhu. Dan tak tahu masih wujud lagi ke tidak tempatnya, hahaha. Memang ada jer tempat lain yang jual Roti John tapi tak ada Sup Kambing. Ada jugak yang jual Sup Kambing tapi tak ada Roti John. Kalau ada pun Roti John, tak menepati selera, penuh dengan sos dan mayonis macam yang pernah Sk kongsikan DI SINI.


Dah lama Iman teringin nak makan Bakso Beranak katanya.. hahaha. Kadang nampak ada jer tempat jual Bakso Beranak ni tapi fikir tiga empat kali kalau tengok kedai dan orang yang menjual. Jadi, bila ada menu bakso beranak kat sini, walaupun tak lapar sangat, terus order semangkuk sebab tak tahu bila ada masa boleh datang lagi ke sini. Nak nak, minggu depan dah mula puasa, lepas tu raya, lepas tu boleh merentas negeri, lepas tu three

Bakso Beranak ni pulak ada macam-macam, yang Iman pilih ni, Bakso Beranak Cili, hahahah.. orang beranak keluar anak, dia beranak keluar cili, kikiki.


Makanan dari Pantai Timur pun ada termasuk Nasi Dagang Tak Atas Tol. Tak tahulah saja letak nama atau memang cawangan.. Sk tak tanya pulak. Tapi, tak yakin la nak order nasi dagang kat tempat lain, takut tak kena dengan selera, huhu. Lainlah kalau memang betul-betul ada kat Ganu sana, kan.


Lima belas gerai yang berada di The J Seri Alam.. nampak tak, banyak betul pilihan. Ini bukan lagi tepuk dada tanya selera, ini rasa macam nak makan semua. Tempatnya bukan sahaja cantik dan selesa tapi sangat instagrammable kata orang sekarang. Sesuai nak datang dengan sahabat handai dan keluarga tersayang.

The J Seri Alam

6J, Jln Suria, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor

Telefon 018 9644202

Buka setiap hari 12 pm hingga 12 am

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. bakso beranak api eh....
    sedap makan panas2, pedas2.. perghh nikmat dia lain machiam hahaha

    ReplyDelete
  2. wak pon baru smpi sekali the J nih.. 😅

    ReplyDelete
  3. Kreatif betul nama menunya, bakso beranak cili hahaha

    ReplyDelete
  4. wow menarik
    tp bila la dpt jln2 ke johor ni he heee

    ReplyDelete
  5. Versi nadi kerabu tu...alahai kalau akak tak tau nk pilih

    ReplyDelete
  6. kalau bawa family ke area sini best ni

    ReplyDelete
  7. ada 9 permainan poker menarik di AJOQQ :D
    ayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!