Assalamualaikum WBT
HARI Jumaat lepas, Pak Inche beritahu, Uda (Huda) sakit mata. Pada mulanya Sk ingatkan sakit mata biasa, yang jadi merah-merah dan asyik keluar tahi mata tu. Hari sabtu, kami tiga beranak ke Konsert Divas & Diamonds di Arena Larkin (ni belum sempat nak cerita), Sk bertanyakan khabar Uda dengan Liza (mereka bertiga ni sepejabat). Baru tahu bukan sakit mata biasa-biasa tapi gelap sebelah pandangan.
Semalam, Uda warded di Hospital Pakar Puteri KPJ untuk mendapatkan rawatan lanjut. Malam tadi, PI cakap, esok tengahari, kita pergi tengok Uda. PI minta Sk ambil dia di pejabat, kemudian pergi sama-sama. Sempatlah Sk singgah Maslee, beli buah sikit dan jus untuk Uda. Alhamdulillah, keadaan Uda nampak stabil dan tidak membimbangkan. Mata pun nampak normal, tiada katarak, strok dan symptom lain. Cuma gelap berbayang la, itu yang Sk faham. Bukan keseluruhan pandangan tapi dalam 90 darjah. Buat masa ini doktor diagnosis Uda mengalami tekanan pada mata kerana tumpuan yang terlalu lama pada skrin komputer. Mungkin juga keadaan ini terjadi selepas mereka kehilangan staf, Akma, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya lebih dua bulan lepas. Sebelum ini, Uda bekerja bersama Akma dan sehingga kini belum ada pengganti Akma. Jadi, Uda kata, dia macam rushing jugak nak siapkan bila client dah buat payment, takkan nak tangguh esoknya pulak.
Perancangan doktor, satu ujian (MRI - Magnetic Resonance Imaging/ Pengimejan Resonan Magnet) akan dilalui Uda untuk mengesan punca kejadian, Semoga tiada yang memudaratkan dan semuanya baik-baik sahaja untuk Uda.
“Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkan semua sakit ini, berilah kesembuhan, hanya Engkau yang mampu memberi kesembuhan. Tiada kesembuhan selain dari-Mu. Sembuh yang sempurna iaitu tidak terkena sakit lagi, Amiiinnn Ya Robbal Alaminnn”
Kesiannya Huda, susah juga kalau mata kita ni terlalu banyak tekanan kan..harap2 beliau diberi kesembuhan segera..nampak sedap la ikan bakar tu..SA macam familiar la kat sini..macam pernah Haidy bawak sini..
ReplyDeleteok nampak dah betapa lajunya tangan PI tu. mujur SK sempat snap gambar. Kalau pak mentua ammi guna ikan pari bakar kan buat masak cekur ni. Dia panggil masak pecel. ntahlah...yg pastinya tak ada anak dia yang mewarisi menu ni. Jadi tinggal kenangan jelah kesedapan tu.
ReplyDeleteMoga mata Huda kembali sihat dan tak ada apa yang serius lepas diberi rawatan
Dulu kami tersesat gak makan di sini Kak sebab ingatkan kedai Nasi Padang, rupanya nasi campur aja. Memang penuh lauk pauk situ, puashati makan..
ReplyDeleteMoga Uda sihat selalu
Semoga Uda cepat sembuh... harap2 cepat la ada pengganti arwah Akma supaya takde la Uda sampai jatuh sakit sebab kena cover kerja utk 2 orang.
ReplyDeleteNampak sedap lauk-pauk yg PI & SK ambik tu. Harga pun murah walaupun lauk nampak banyak.
Semoga kak Huda segera sembuh dan boleh keluar hospital. Aamiin...
ReplyDeleteTengok rupa ikan bawal tahu lah. Tapi jenisnya saya memang tak tahu. hihi..Tak pernah lagi makan masakan kencur ni. Kena cuba sekali kalau jumpa.
Tempat yang banyak lauk-pauk ni sentiasa jadi pilihan ramai. Kalau lambat memang dapat apa yang tinggal je lah kan.