"Giveaway SUKA-SUKA by anakomak6"

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...

DULU.. Sk mengenali Anak Omak ni sebagai bff Sis Lin sebab mereka selalu bersama-sama bercuti ke luar negara. Seronok tengok sebab SK sendiri tak pernahlah dapat pelepasan macam tu dari Pak Inche. Kalau pergi ramai-ramai tu macam ke Belitung atau Lahad Datu tu, barulah dia bagi pergi. Ah, yang pergi Lahad Datu tu sebab adanya Sis Lin dan Sunah, baru dia macam konfiden nak lepaskan Sk, hahaha.

Dengarnya atas hasutan Sis Lin jugaklah Anak Omak ni kembali menyerikan dunia blog yang suatu masa dulu dah kelam. Bukan blog anak omak tu yang kelam, tapi dunia blogger yang kelam disebabkan kebanyakan otainya mengambil keputusan untuk bersara dari menulis di blog. Ada juga yang mengambil tindakan drastik dengan menutup terus blog mereka. Nasiblah anak omak ni tak buat keputusan menutup blog, kalau tak tentulah rugi sebab kita kehilangan seorang blogger yang berbakat menghiburkan kita dengan entrynya.

Hurmmm.... apa lagi ayat nak ngampu ek??

Sebenarnya SK pun tak pasti Anak Omak ni orang nogori ke orang Johor sebab hari tu dia post, ceritanya dulu duduk JB, lepas tu semua family dah pindah KL. Anak omak tu bunyinya macam nogori kan.. hihi.

Eh, lupa pulak letak banner


Jadi, Sk pun suka-suka jugak nak memeriahkan giveaway anak omak ni. 
Sepuluh hari jer katanya, lama tu sepuluh hari, jomlah kita join reramai ya.. syaratnya senang jer..

1. Copy banner kat atas tu, kemudian buat la entri 

"Giveaway SUKA-SUKA by anakomak6"

dan backlink ke post ni

2. Letak link penyertaan di ruangan komen.

Gituuuu....

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah!! Nampak post ini cecepat kita komen!
    Tengkiu kak sudi join GA ... :D

    Hahaha... ramai konpius dengan nama 'anakomak'..
    Kadang bdk opis pun konpius igt saya org Joho...

    Saya lahir KL...
    Membesar di JB sebab ikut parent keje sana..
    Habis sek, parent pencen, semua pindah KL balik...
    Parents asal N9..

    hahha sebab tu saya guna 'anakomak' sempena tmpt asal mak apak saya hahaa...

    ReplyDelete
  2. All the best!!!SA pun dah joined tau...

    ReplyDelete
  3. berbagai bonus besar menanti di IONQQ
    ayo di tunggu apa lagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  4. Saya pun confused nismilan ko JB ke? Dah terjawab dah baca dari komen kak Ret. hihi

    Semoga ada rezeki menang GA ni :)

    ReplyDelete
  5. pssttt result dah kluar tu... :p

    ReplyDelete
  6. jalan2 sini...

    https://www.mialiana.com/2021/03/giveaway-suka-suka-by-anakomak6.html

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!