Assalamualaikum...
SEJAK rabu rasanya, beberapa kali akan terdengar bunyi batuk-batuk halus dari Sk dan Naza. Yang agak ketara, Naza. Dia mengadu tekaknya asyik gatal, oleh itu dia kerap meneguk air bagi melegakan tekak. Sk pulak, tekak tak gatal, tapi asyik rasa macam tersedak aje, jadi akan terbatuk sekejap. Pagi ni macam dah selesema pulak. Dua tahun pandemik melanda negara, dua tahun jugak Sk tak batuk, selesema dan demam. Nampaknya kini simptomnya mula muncul. Kena ke kedai cari panadol soluble sebelum ia melarat.
Semalam, khamis, Sk ke Senai lepas balik kerja. Sebelum tu, singgah ke Noni Talams beli talam aneka jenis yang berharga RM10. Sampai Senai, Cik Ani dan Zulaikha pun ada, barulah seronok nak makan kuih talam ramai-ramai, kan. Masa ke dapur hendak cuci tangan, nampak ada periuk kecil atas dapur. Selalu kalau periuk ni, mesti dalamnya ada sambal tumis. Lalu tutup periuk dibuka, ternyata tekaan Sk betul 😂
Tanyalah dengan ibu, sambal tumis bila? Semalam, nak ke? Ibu terus bangun, eh nanti-nantilah. Ibu ke dapur jugak, tak lama terbau bau sambal tumis sedang dipanaskan. Agak dahhhh. Beberapa ketika kemudian, ibu datang membawa sambal yang telah siap dibungkus dalam tipuware dan dimasukkan dalam plastik. Suruh bawa balik 🤭
Yang sebenarnya, masa menghala dari dapur ke ruang tamu tu, Sk nampak bungkusan roti atas ketuhar. Hajatnya nak makan roti cicah sambal tumis kat Senai tu jugak. Dah ibu bungkus sambalnya, kita layan kuih talam aje lerrr 😜 Lagipun perut masih kenyang lagi makan tengahari, nasi campur lauk Ayam Masak Lemak Cili Api dan Sambal Goreng dari Kafe Kak Sab.
Ingat, nak buat lempeng cicah sambal tumis ibu tapi tak berapa nak rajin melempeng. Teringat hari tu tamak beli roti dari Salahuddin Bakery. Sk beli tiga pek roti kaya dan sebiji roti gula. Roti kaya ada lima biji setiap pek, satu pek Sk bagi pada Naza. Satu pek lagi, Sk dan Iman makan seorang sebiji lepas beli petangnya, esok pagi Sk makan lagi sebiji. Ada baki lagi tujuh biji, Sk letak di kaunter depan mesin punch card. Alhamdulillah, petangnya tengok dah wassalam. Roti Gula, Sk simpan dalam peti sejuk, jadi pagi ni, Sk kukus roti gula, cicah dengan sambal tumis ibu. Wallawehhhh.. sedapnya sambal tumis ibuuuu Sk ni 😍😍😍 Bancuh pulak Kopi Kedah.. dia punya pergiiiiii!!
Ibu Sk ni, kan.. sebenarnya seorang yang sangat cerewet ketika memasak. Dulu masa kami kecik-kecik, memang dia tak bagi tolong ya. Kalau dia masak lauk-lauk tu, kami tak duduk dapur sebab takut kena pisau katanya. Cuma bila tiba musim raya atau ibu buat kuih yang tak ada peralatan tajam, barulah kami dapat berkeliling mengadap ibu membancuh tepung 😂. Bab cuci pinggan mangkuk, Along dan Angah yang akan buat, Sk tolong tengok 😜
Masa tu, bukan ada sinki macam zaman sekarang. Along akan bancuh air sabun dalam satu besen kecil. Angah pulak tukang bilas dalam besen besar yang dimasukkan air paip. Masa ni la nak main buih sabun tapi jangan lama sangat kalau ibu nampak, mampusssss ko kat situ 🤭
Ibu potong bawang pun ada cara. Sambal tumis bilis dengan sambal tumis udang, lain cara potong bawangnya. Potong sayur, potong lada, semua ada cara. Bila dah besar dan belajar masak di dapur, tahan ajelah telinga dengar itu salah, ini salah, semua tak betul, dia aje yang betul 🤣🤣🤣
bab potong bawang pun ada cara ni seram ni kalau jadi menantu
ReplyDeleteSambal tumis air tangan mak memang tak mengecewakan. Makan dengan apa pun sedap jadinya kan. Mak kak SK sama dengan mak saya. kena tahan telinga je lah kalau ada yang tak betulnya. hehe...
ReplyDeleteHahahaha...
ReplyDeletemak saya pun potong bawang ada cara untuk masakan tertentu...contoh ,kalau untuk laksa mesti potong melintang..kalau sambal potong jalur..Saya main belasah ja...hihihi
Abah saya pula yang sangat cerewet. Mak saya palaukan aje. Kalau abah, semua kena ikut dia punya kaedah piawai. Kuih muih kena potong sama besar, mana dapat. Lainlah pakai cetak
ReplyDeleteHahahaa... cerita cuci pinggan mangkuk dalam besen tu memang nostalgik betul. Zaman kami dulu sabun tu limited edition.
ReplyDeleteBab potong bawang tu pulak, teringat seorang rakan sekerja sampai sekarang tak kahwin gara-gara ibunya tak suka cara tunangnya potong bawang, katanya tak betul. Last putus tunang.
Masakan ibu memang yang paling sedap
ReplyDeletewak yg jauh dimata ni pun dh rindu tgk gmbr samball tumis mak tu mmg manncongkam.., ;p
ReplyDeleteFuh! Lawan dengan roti memang Aaauuuummmmm!
ReplyDelete