SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum...

SETIAP kali nampak siput sedut di pasar, mesti terbayang sedapnya jika dapat makan Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Tapi, nak menyiangnya tu, bercintalah pulak. Jadinya, cuma hanya memandang jer la plastik siput tu sambil berlalu. Nak beli yang dah siap masak, sekali sekala bolehlah. Tu tak pa, rasa tak puas menyedut. Orang kaya pun kata mahal siput sedut dah siap masak tu, apalagi yang tak berapa kaya macam Sk, hahaha.

Mana tak mahalnya. Yang masih hidup pun RM16 sekilo. Tu belum kos pekerja, tukang masak, bawang, cili, kunyit, serai, halia dan santan. Kalau dimasukkan keladi ke atau sayur-sayur lain lagi bertambah kos. Belum campur lagi kos gas dan sewa kedai, bil api air semua. Jadi, tak boleh komplen sangat la kenapa makan di luar mahal.

Nekad jugaklah beli siput masa ke Pasar Pontian, Sabtu lepas. Balik dari pasar terus ke kedai beli kelapa parut. Tu pun ada halangan jugak, kelapa tak ada dan yang ada pulak, tak elok. Mujur dapat jugak kelapa parut di kedai yang ketiga, mujur semua kedai ni dekat-dekat aje. Sampai rumah, terus masukkan siput dalam besen dan serkup dengan bakul buah. Cari bakul yang biasa tak jumpa, siapa tah pinjam? Hahahahaha.

Kelapa parut tadi, masukkan dalam jug blender dan perahkan santannya. Santannya simpan dulu dalam peti sejuk. Cadangnya nak masak siput tu petang tu jugak. Hampas kelapa tu, tabur dan gaulkan pada siput. Sk belajar petua ni dari Che Mat Gebu, tujuannya untuk men'suci'kan siput tu. Ialah, depa kan duduk dalam lumpur, makanannya tentulah lumpur. Bila kita bagi hampas tu, dia makanlah hampas tu, jadi tak adalah siput kita rasa lumpur. 


Tayangan dari dalam periuk, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Masak hari esoknya sebab petang tu Pak Inche kata, nak makan Nasi Kenduri. Punyalah risau siput-siput ni mati sebab dah hampir 24 jam duduk dalam besen. Nasib baiklah dah bagi makan hampas kelapa, taklah depa mati kelaparan, hahahaha. Siput, kalau dah mati sebelum dimasak, akan jadi pahit rasanya.


Ada orang cuci dulu siput ni sebelum masukkan hampas kelapa tapi Sk tak cuci, biar jer dia menikmati detik-detik terakhir habitat asalnya yang berlumpur tu. Lagipun tak tahu, bila nak masak, takut dia mati cepat bila cuci dengan air paip yang berklorin.


Tabur jer hampas kelapa pada siput tu dan gaulkan. 


Lepas tu biarkan semalaman lebih elok. Paling cepat dua jam.

Bagus jugaklah Sk guna bakul buah ni, lubangnya besar-besar, cepat nak bersihkan lumpur tu, pancit air terus bersih. Ni Sk bawa ke luar rumah, cuci guna paip luar di halaman yang berumput, senang kerja.

Lepas bilas, barulah potong bontot siput tu. Potong jangan terlalu sikit dan jangan sampai lebih separuh. Sebab kalau lebih separuh nanti isi siput akan tersangkut di bahagian cengkerang yang dalamannya melingkar. Kalau potong sikit sangat, susah pulak nak sedut, hihi.


Puas hati betullah dapat menyedut siput yang dimasak sendiri. Memang lain rasa dan tekstur siput ni dari yang biasa makan di kedai. Kuah masak lemak tu pun sedap gilos. Iman siap buat hashtag, #sedutsedutjangansampaisemput
Hahahahahaha.

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan :
1 kilogram siput sedut 
1" kunyit hidup (kisar halus)
1" halia (kisar halus)
1 genggam cili api (kisar halus)
1 batang serai diketuk
1 biji kelapa
1 kiub pati ikan bilis
2 asam gelugor
2 helai daun kunyit disiat
Garam secukup rasa
Ajinomoto jika suka

Cara-cara :

1. Perah kelapa, dapatkan dalam 4 cawan santan, simpan dalam peti sejuk.

2. Hampas kelapa tabur pada siput, biarkan semalaman.

3. Selepas semalaman, bilas siput dan potong 1/3 bontot siput, bilas semula.

4. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk, panaskan hingga cili masak.

5. Masukkan serai dan santan, masak seketika.

6. Masukkan siput, asam gelugor, kiub pati ikan bilis dan daun kunyit, masak hingga mendidih.

7. Tambah garam secukup rasa dan ajinomoto jika suka.

8. Renihkan sebentar dan boleh matikan api.


Goreng udang. Udang tu cuma perap dengan garam dan kunyit, kemudian goreng. Iman tak makan siput sedut, tu la sebabnya gorengkan udang ni. Yang pelik Siput Gonggong, suka pulak. Tu pun mula dia makan udang dengan nasi semata, paksa dia ambil kuah lemak siput tu, jadi adalah rasa macam makan Udang Masak Lemak Cili Api, kan.. hahahaha.


Goreng ikan gelama kering atas permintaan Pak Inche. Cuci bersih ikan kering, toskan, kemudian goreng. Ada orang panggil ikan masin kan, tapi Sk dah biasa panggil ikan kering. Sedaplah rasa masin-masin dan garing-garing bila digandingkan dengan siput yang lemak-lemak tu. Yang tak lengkap cuma tak ada sambal belacan. Nasib baik tak ada orang mengamuk, Sk masak lemak tak ada sambal belacan... hahahahaha.. hahahahaha.
Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya pun panggil ikan kering.cubit sikit makan dgn nasi.heavens

    ReplyDelete
  2. nampak sedap je ea ikan kering tu...

    ReplyDelete
  3. sedapnya siput sedut masak lemak. biasa saya beli yang dah siap dibersihkan. kot la ada beli yang masih hidup macam tu, boleh la guna tips ni.

    ReplyDelete
  4. Terbaiklah SK!
    Bab nak siang tu yang renyah sikit kan.. tapi bila dah masak, hilang segala penatkan...

    ReplyDelete
  5. Uncle ambik masa lama makan siput sedut ni... Sebab tekun... hahhaa

    ReplyDelete
  6. cantiknya mangkuk gulai siput tu... terliurnya nak memiliki..
    Saya jarang masak siput sidut ni, penat menghitung,tapi makannya paling2 semangkuk je

    ReplyDelete
  7. Aduhai SK... mana nak cari siput sedut tu di LD? Dah ada siput, ada udang pulak...enak banget!

    ReplyDelete
  8. Tak aci la....kita dah la lama x makan siput sedut....

    ReplyDelete
  9. Ohh begitu caranya. Saya bias cuci dengan serai dan halia je sebab kelapa parut susah nak dapat. Mask pun guna santan kotak. Lagi sedap cara masakan kak SK ni. Memang puas hati masak siput sendiri sendiri. Aroma santan segar dan daun kunyit tu tambah selera makan. Paling becinta nak potong bontot dia tu. huhu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!