PASAR MALAM DAH MACAM PASAR RAMADHAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

DAH kena mandrem pasar malam Taman Tampoi Utama, agaknya, teringat-ingat jer nak pergi, pasar malam sini, dah macam pasar ramadhan, ada banyak makanan sedap dijual di petang hari, hihi.


Dah 'aim' Laksa Johor, masa beli Ubi Rebus minggu lepas. Tapi lempeng pulak tak ada. Walaupun potongan timunnya salah tapi tetap sedap dan tak kedekut bahan. Sekotak ni RM6, cukup mengenyangkan bagi seorang makan. 

Di gerai yang sama juga beli Cekodok Pisang sampai RM5, gara-gara dah rasa minggu lepas, sedap sangat cekodoknya. Iman yang masih tak puas hati makan Pepes mahal tapi tak sedap di Mana Cafe, minta belikan pepes pasar malam, baru RM7 dapat 10 bijik?? Keping??? Butir??? Cikgu Amie, apa penjodoh bilangan bagi pepes? 😆 Haaa.. sedap pepes yang ni.. syukurrrr.

Kali ni, tak jalan sampai hujung walaupun pasar malamnya bukan panjang sangat. Tanya Pak Inche, nak makan apa? Dia minta bungkuskan nasi campur. Iman tolong ambilkan lauk macam selalu bapaknya ambil. Ayam Percik, Daging Kunyit dan Taugeh Goreng serta Sambal Belacan. Sk hulur RM50, lama betul dipulangkan wang baki. Iman kata, gerai ni memang manjang tak ada duit baki. Bakinya RM43, wahh.. murah giler.

Sampai rumah, masih siang lagi. Tak lama, Pak Inche telefon, tanya, beli apa kat pasar malam. Iman jawab, dah belikan nasi. Rupanya, Pak Inche pergi jugak pasar malam, haishhh.


Pak Inche pun beli cekodok yang sama jugak, hahahaha. Pak Inche beli RM3. Jumlah cekodok yang dibeli hari itu ialah 48 biji, melampauuuu. Tapi, habisssssss 😜


Pak Inche beli lemang. Macam tahu-tahu jer Sk nak makan makanan hari raya tapi tak kesampaian. Lemangnya sedap dan mencapai piawaian lemang sebagaimana yang disebutkan oleh Mak Cella. Lemang tu RM10 dan kawannya Rendang Ayam RM5. Rendang ayam kurang rempah tapi didominasi rasa lemak santan, bolehlah.. buat syarat.

Syukur Alhamdulillah.



Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah
    tenguk gambar pun dah tumpang kenyang

    ReplyDelete
  2. Besntya pasar malam ni...
    Semalam pergi yg dekar rumah PH ni, alahai hidup segan mati tak mau ibaratnya...
    Takde yang menarik :(

    ReplyDelete
  3. Lama gila tak pegi pasar malam... Pasar malam pun lama gila x nmpk kita hahaha

    ReplyDelete
  4. Lamanya tak pi pasar malam, sini dah mula juga lama, tapi entah.. belum rasa nak pi, rindu mee kawah tu haaaa

    ReplyDelete
  5. Bahaya tu kalau dah teringat ingat je. Meriah pasar malam sana banyak menu sedap sedap dan rare susah nak dapat.

    ReplyDelete
  6. Tengok pum dah boleh agak lemang tu sedap...Nampak kelemangannya...hahaha

    Pepes dibungkus,rasanya penjodoh bilangannya "bungkus" la agaknya...hihihi

    ReplyDelete
  7. SA dah bertahun- tahun x pi pasar malam...macam dh tak nampak pasar malam kat mana- mana kat Seremban...hahha...eh rindu la nak pi beli ayam pecik, laksa or me goreng ke apa..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!