NASI GORENG KAMPUNG PAGI INI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

FRIYAY!!

Pagi ni teringat hari tu Pak Inche minta masakkan Nasi Goreng nak buat bekal sarapan ke pejabat. Dah jemu katanya, asyik makan roti canai dan nasi lemak. Masa dia minta tu, memang tak sempat nak masakkan, jadi hari ni Sk cuti, kan.. jomlah kita menggoreng nasi 😋


Nasi Goreng Kampung

Bahan- bahan :

1 biji bawang besar merah
3 ulas bawang putih
1 genggam cili padi
2 genggam ikan bilis
2 biji telur
Minyak secukupnya untuk menumis
3 - 4 cawan nasi sejuk
Garam secukup rasa

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dalam kuali besar.

2. Tumbuk Kisar halus bawang besar, bawang putih, cili padi dan ikan bilis, tumis hingga garing.

3. Masukkan telur, biar sekejap kemudian kacau hancurkan.

4. Masukkan nasi, gaul sebati.

5. Taburkan garam secukup rasa.

6. Kalau ada daun bawang dan daun sup, gaul bersama nasi.





Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. simple but tasty! sy pun bawa bekal ke sek sbb harga makanan di kantin mahal sgt!

    ReplyDelete
  2. Comel je Pak Inche mintak bawak bekal..macam SA kena paksa hari- hari bawak bekal...hahahaha

    ReplyDelete
  3. Berseri nasi gorengnya, ada kuning telur dan hijau daun....

    ReplyDelete
  4. cantik atas pinggan tu. terus lapaq tengok pepagi ni.

    ReplyDelete
  5. Tengok nasi goreng akan ingat SK...Akan ingat dan ikut..kumpul nasi walau sejemput.Cukup semangkuk boleh goreng.Yang pasti rezeki disyukuri tidak dibazirkan...

    ReplyDelete
  6. Tumis garing memang sedap kak. Tambah accsories meriah nasi goreng kampungnya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!