MAKAN DI RESTORAN TOMYAM ZULAIKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

SAMBUNGAN kisah yang tak jadi masak Nasi Lemak Sambal Udang, tu.

Kan, kononnya nak pergi makan di Senoko aje malam tu, tapi Sk dan Iman dah kekenyanganla pulak makan macam-macam petang tu, kan. Iman lagilah, kena habiskan makan Popishang. Jadi, kami bagi cadangan pada Pak Inche supaya beli makanan untuk dia sorang makan aje, macam Nasi Daging Merah, ke... Eh, tak nak. Nak juga makan ada lauk banyak. Mujur pulaklah dia bagi cadangan untuk cuba makan di restoran tomyam di Taman Nusantara, tak yahlah jauh-jauh memandu sampai ke Stulang Laut.


Tetaplah jugak nak berlauk. Kami dicadangkan Hidangan Set untuk dua orang. Pujuk pujuk, nak pulaklah Pak Inche ambil set. Iman memang tak nak langsung makan, jadi Sk la temankan Pak Inche. Set berharga RM35 ni mengandungi seekor Siakap Masak Tiga Rasa, Semangkuk kecil Tomyam, Sepring Kailan Ikan Masin dan Sebiji Telur Dadar, juga dua pinggan nasi putih. 

Alhamdulillah, masakannya sedap. Tomyamnya banyak isi, sos tiga rasa sedap, ada potongan nenas, cuma tak panas. Mungkin sos telah dimasak awal. Dengan ais limau dua gelas dan ais cikong semangkuk, jumlah semuanya cuma RM42. Haaaa.. kenyang aje pun tak ambil lauk banyak-banyak. Kalau tak, dengan sotong tepung la, daging merah la.. udang sambal laaa...

Burpppp.. Alhamdulillah.


Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. KL panas hari ni..SK sebut ais cikong...terus scroll semula nak pic ..Ooo..laici kang ka..🤭
    Sedapnya kalau dapat hirup laici kang sejuk waktu sekrang ni...Saya suka biji teratai...buah pala dan kacang shandong dalam laici kang..Eh,white fungus pun sedap .laici pun suka..Eh..semua la sedappp🤣

    ReplyDelete
  2. uncle suka oder set set macam ni , jimat!

    ReplyDelete
  3. Sedap tu...selalunya makan set ni lauk pun dh boleh tahan banyak kan SK...tp biasa la kalau makan kedai tomyam mesti nak tambah macam2

    ReplyDelete
  4. Shedap tuuu . Ikan masak tiga rasaaa.. Nyammmmmm!

    ReplyDelete
  5. Paling menggoda ikan siakap tu lah. Makan makanan berlauk sedap dan mengenyangkan betul.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!