MAKAN DI PAK DIN KOPITIAM SELEPAS IMAN DAPAT BOOSTER DOSE

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

HARI ini Sk ambil cuti sebab nak bawa Iman ambil dos penggalak vaksin Covid 19. Sepatutnya, Pak Inche la yang bawa, tapi dah namanya hari kerja, memang tak menyempat la. Sk pulak risau kalau nanti lama pulak menunggu, supaya tak rasa bersalah, ambil cutilah yang paling senang.

Dah namanya kopitiam, kan.. haruslah kita mengopi. Sk pilih Kopi Pak Din Panas Cawan dan untuk Iman, Kopi Pak Din Ais. Kopi Pak Din Ais ni antara 'best seller' di sini. Oh ya, bagi anda yang nak minum kopi panas extra, bolehlah pesan Kopi Pak Din Panas Gelas. 

Kami juga pesan Roti Bakar Keping dan Roti Bakar Bun. Iman kata, dia lagi suka makan roti keping, Sk pulak lebih suka roti bun kerana teksturnya yang lebih gebu. Syaratnya kena makan terus sebaik roti dihidang ke meja.


Mungkin masih baru dan kekurangan pekerja di dapur, tidak banyak menu hidangan berat yang ditawarkan kepada pelanggan. Cuma ada Mee Kari dan Nasi Ayam sahaja. Nasi ayam cukup syarat dan tidak mengelat dihidangkan pulak dalam pinggan design corak ayam yang selalu menjadi identiti kebanyakan kopitiam.


Walaupun begitu, masih terdapat banyak pilihan makanan siap pek seperti Laksam, Roti Jala dan Nasi Lemak Daun Pisang (semestinya). Anda juga pasti rambang mata hendak memilih kuih-muih tradisi sebagai pemanis mulut sambil menghirup secangkir kopi.


Hurmm.. hari tu baru makan Nasi Ayam dan dua minggu sudah dah makan Mee Kari, Sk pilih untuk makan Roti Jala sahaja. Roti jala dan kuah kari sedap.. sebijik macam rasa Roti Jala Cik Embun. Haaa.. siapa-siapa datang sini, kalau dah berkenan apa-apa atas meja tu, jangan tunggu lama-lama, nanti diambil orang.


Macam tadi, Iman kata, nanti nak tapau Laksam, buat makan petang, petang-petang kat office selalu lapar. Tak sempat Iman ambil, dah ada orang lain ambil dulu, tak ada rezeki nak makan Laksam Pak Din, hehehe. Dahlah tinggal satu. Masa nak bayar tu, terus dia ambil roti jala yang tinggal sebekas.


Ni tadi, sebelum ke Pak Din Kopitiam, Iman ambil booster dose dahulu, di klinik yang sama Sk dapatkan booster. Kami tiga beranak sama clan la ya, sinovac + pfizer. Nanti, boleh sama-sama nak jadi zombie ke.. raksasa ke... hahahaha. Sebelum vaksin, Iman kata, nanti nak tapau Subway untuk lunch. Lepas vaksin, ajak ke farmasi beli panadol, dia kata, nak makan nasi campur pulak. Sk kata, ingat nak ajak pergi Pak Din, dah empat kali pergi tutup. Mana taknya, datang awal sangat, yang sekali tu datang petang sangat, huhu.  Iman terus kata okay, jom pergi Pak Din Jer, sebab dia masuk balik pejabat pukul 2.


Alhamdulillah.. dapat jugaklah mengopi, meroti dan makan-makan di Pak Din Kopitiam. Bukan senang ya nak jumpa orang melayu buka Kopitiam, lebih-lebih lagi bila berjaya buka Kopitiam di Puteri Harbour ni. Semoga Pak Din Kopitiam ni terus maju dalam mengembangkan perniagaan dalam bidang kopitiam ni. Tadi pun, masa Sk sampai, dipenuhi pelanggan termasuklah yang beratur menunggu giliran. 

Pak Din Kopitiam Puteri Harbour

RG-04 & RG-05 Residensi Encorp, Persiaran Puteri Selatan, Kota Iskandar, 79100 Nusajaya, Johor

Tel 017 3875323

Buka setiap hari
10 pagi hingga 4 petang

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. puteri harbour, medini, belah belah nusajaya tu..kalau takde urusan.. memang tak sampai

    ReplyDelete
  2. Bangganya dengar ada orang Melayu memiliki kopitiam. Moga bisnes terus maju.

    ReplyDelete
  3. booster dan kopitiam ..best best

    ReplyDelete
  4. 1st dose..2nd dose & booster semua ada tummy reward...syoknyaaa..🥰

    ReplyDelete
  5. Yeah..Iman dah booster..harap2 okey ye...nanti bleh mintak Bonda upah makan lagi...eh...

    ReplyDelete
  6. Mengancam betul kopi aisnya. kaw betul. Dapat secawan segar biji mata. Baguslah orang melayu bukak kopitiam kat area sini. Semoga perniagaanya terus maju. Bolehlah datang lagi kan Iman dapatlah merasa laksam.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!