SIPUT GONGGONG KUKUS DAN TAPAU MAKANAN TI CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

SEMALAM, walaupun hari cuti rehat bagi Pak Inche, dia keluar sekejap jumpa client. Selesai urusan, nak cari gerai makanan di Gelang Patah dengan menggunakan google maps yang dilink dari fb. Pandu punya pandu, tak jumpa tempat yang dituju, sudahnya sampai ke Pendas, nampak siput gonggong. Tak agak-agak, dibelinya sekilo.


Pak Inche pesan, bungkus Nasi Goreng di Restoran Permit jer untuk makan malam. Iman pulak nak makan Nasi Goreng Johnnys. Sk yang tukang bawa kereta, malas nak ke Permit dan nak masuk mall pergi Johnnys lagiiiiilah malas. Lepas ambil Iman, bergerak depan sikit, nampak Ti Cafe masih buka. 

Terus singgah Ti Cafe tapau nasi goreng. Malam tu, Sk kukus Siput Gonggong bersama halia dan serai, makan cicah dengan sos cili Thai. Siput ni bercampur yang elok dengan yang lama.. hurmmm. Bila dah termakan yang tak elok tu, memang potong selera la. 


Sebelum sampai rumah, singgah Hantu Takoyaki, beli takoyaki RM10. Banyak-banyak tempat jual takoyaki, ini paling favourite sebab taukenya pemurah ya amat. 15 biji takoyaki RM10, topping kemahen banyak dia letak. Tak hairanlah dari meniaga gerai tepi jalan, akhirnya dia boleh buka kedai takoyaki dan boba. Boba dia pun sedap.


Nasi Goreng Nenas untuk Iman. Dia kata, dah hampir semua jenis nasi goreng di Ti Cafe ni dia dah cuba kecuali Nasi Goreng Nenas. Ternyata NGN ni tak menepati selera Iman. Iman kata, mungkin tukang masak tengahari dah balik, hehe. Pasal kurang kena dengan selera atau mungkin dah kenyang jugak makan takoyaki, berbaki sepertiga kotak nasinya. Sayang, Sk la tukang habiskan, hahaha. Lepas tu cakap dengan Iman.. kenapa bonda rasa macam dia goreng guna nasi beriani??? Kwang kwang kwanggg.. memang ada pun menu nasi beriani di TI Cafe tu.


Yong Chow Fried Rice atau Nasi Goreng Cina. Ada udang .. okeylah tu sebab Pak Inche memang minta Nasi Goreng Sotong di Permit tu. Sedap nasi gorengnya lebih-lebih lagi disertakan pulak dengan cili padi hijau dan kicap. Tapi, disebabkan banyak sangat nasinya, dua sudu terakhir Pak Inche 'surrender.'


Iman selalu la puji Kuey Teow Goreng Daging di sini, jadi SK cuba. Agaknya betullah Iman kata, tukang masak tengahari dah balik kot, hihi. Kecewa macam makan Kuey Teow Goreng di Kopiloco tu. Sk hanya suap dua tiga kali dan tutup semula kotak. Tu yang jadinya tukang perabih nasi goreng Iman. Nasi goreng Pak Inche pun, Sk tolong habiskan, hahaha. Padahal sendiri punya tak habis, Iman kata, nanti dia buat bawa bekal, hehehe.
Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tak pernah cuba siput tu... susah jumpa pun jugak!

    ReplyDelete
  2. potong la kalau ada siput yang x elok kan....

    ReplyDelete
  3. Siput gonggong tu kami panggil siput tarik... mahal tu di sini. Tak ingat dunia kalau saya makan cecah air asam.... sudu terus air asamnya dengan isi siput tu sekali. Tapi kalau ada yang buruk memang sakit hatilah... hilang terus selera.

    ReplyDelete
  4. Kita tak mkn siput... Gonggong ni lagi x tkut nk makan hehhe.. Tp suka tgk org makan je 😁

    ReplyDelete
  5. saya tak pernah makan siput gonggong. lately banyak pulak nampak post siput gonggong.

    ReplyDelete
  6. Saya pun belum pernah makan siput gonggong tu..
    Nasib kurang menyebelahi selera kali ni yer..Betul la agaknya tukang masak balik kampung kot🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!