Assalamualaikum...
TAK reti pulak nak karang intro makan kali ini, hahahah. Dah berapa kali, taip padam, taip padam. Semua ayat rasa tak sesuai dan macam poyo. Skema pun ada jugak.. hahahahahaha.
Diringkaskan kisah, siang tadi, Sk keluar makan tengahari dengan sahabat lama yang jauh di mata. Okey, tipu. Tak jauh di mata pun, tinggal satu negeri, satu daerah dan satu taman, cuma jalan jer lain-lain. Tapi, nak jumpa setahun sekali pun susah, sampai tak tahu sahabat dah melalui banyak kisah resah gelisah.
SK menggamit kenangan lalu... buku autograf kita pun ada. Buku senikata lagu pun ada. Memang nostalgia sungguh buku autograf, kita pun ada bakar-bakar tepi. Nak siapkan autograf siap pinjam sehari dua sebab nak tampal gambarlah, nak letak aksesorilah...bintang-bintang bagai!
ReplyDeleteHappy birthday Suhaily...
ReplyDeleteNostalgia wak...autograf tu.
Dulu walau takda social media tapi boleh pula sesuatu perkara tu sama seantero kan
Teringat masa sekolah dulu. Sediakan buku cantik cantik dan pen pelbagai warna sebab nak dapatkan biodata orang. Ajak Mak cuci gambar banyak banyak sebab nak bagi kawan hehe.
ReplyDeleteTapi masuk sekolah menengah ramai prefer email/MySpace. Lenyap dah kenangan dengan buku
Dulu buku autograph ni ada di jual di kedai, pilih nk besar mana, nak corak apa.memang wajib sebelum habis sekolah bertukar tukar autograph
ReplyDeletesaya takde buku otograf, tapi selalu la tulis buku kawan kawan. Zaman saya form 5 dulu, antara batch terakhir yang ada buku otograf kot. lepas lepas tu semua main myspace dan friendster dah.
ReplyDeleteanak anak suka makan kat SDS taman u. saya pun tak kurang juga...hehehe
SDS Johor Jaya ni kita suka.. luas mata memandang dan tempatnya selesa.. semalam pun makan SDS gak dengan Sunah hahahaha
ReplyDeleteSA ada buku autograf ni dulu siap kumpul duit belanja sekolah tau untuk beli buku nak buat autograf...best giler time ni..tapi ntah kemana la ntah buku tu...dah pindah- pindah randah ni semua dah xde dah...hahahaha...
ReplyDeleteWah! Sekali sekala makan cam ni memang best! Mesti berjela-jela cerita nak di catch up!
ReplyDeleteBiasa macam tu lah. Yang dekatlah payah nak jumpa. Ada peluang dapat gak jumpa makan makan sama kan. Terliur tengok Grilled Chicken Chop Baked Spaghetti tu. Sedap betul!
ReplyDelete