Assalamualaikum...
MALAM semalam, Pak Inche ada Majlis Makan Malam bersama UDA Land. Kimia betul mak dengan anak, sama-sama nak makan di kafe yang terletak di pusat bandaraya Johor Bahru. Lepas letak kereta di tapak letak kereta berdekatan, menapaklah kami dua beranak menyusuri Jalan Dhobi. Dari situ, kami masuk ke celah kedai, 'short cut' ke ke kafe yang terletak di hujung jalan.
Dalam gambar nampak besar tapi kafenya, comel sahaja. Mujur pulak belum ramai orang, cuma ada satu keluarga baru lepas menikmati hidangan. Agaknya, waktu orang pulang kerja, mungkin malam-malam baru ramai kerana kafe ini terletak dalam kawasan Bazar Karat. Kami terus diberikan menu. Banyak betul pilihan masakan panas citarasa Malaysia sampai keliru nak pilih yang mana satu. Bagi yang gemarkan hidangan barat, boleh pilih pasta, tapi tak banyak pilihan.. Ingatkan ada jemput-jemput ke.. dessert ke.. sesuailah dengan nama kafe, kan.. tapi tak ada, hurm... pilih punya pilih...
Kenapa di tutup gambar tu Kak? Kedai apa tu Kak?
ReplyDeleteMakanan tak seindah wajah cafe betul ni. Pelik gak dengan nasi goreng usa tu. Memang tak ada udang sotong bagai. Menunya dah tetap daging masak merah, telur dan kadang ada sosej. Kalau ada Pak Inche' mesti Pak Inche dah komen macam-macam.
ReplyDeleteKadang tu ikut rezeki jugakan SK... kedai cantik, food pula tak ok :(
ReplyDeleteTap payah singgah lagilah
ReplyDeleteAlahai...cafe dah cantik dah....cukup sekali tu je la SK pi situ
ReplyDelete