TALAM BERLAUK PUJAAN HATI ABAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum...


HARI tu, lalu depan Aliff Avenue di Taman Damansara Aliff, ternampak banner besar digantung di bawah blok dengan cetakan Noni Talam. Padahal, hari-hari lalu situ, tapi agaknya, hari tu Sk tak memandu, jadi dapat tengok pemandangan di kiri jalan. Wahhhh... dah lama teringin nak beli kuih talam bertalam-talam yang senang nak singgah, hahaha. Sebelum ni nampak ada satu, tapi macam susah nak berhenti sebab depan jalan besar di Kampung Melayu. Jadinya, Sk cari dalam fb page Noni Talam ni, katanya, boleh buat pesanan atau tempahan melalui whatsapp dan boleh juga walk in di kedainya di Aliff Avenue atau B5 Street Market.


Teruslah Sk whatsapp. Admin pun terus beri Sk borang untuk diisi. Beriya la Sk isi borang tu, Sk tempah, set talam tiga muka tiga dalam satu, di mana, kita boleh pilih tiga jenis talam yang akan dimuatkan dalam satu kotak besar ni, berharga RM38. SK pun pesan, Talam Berlauk, Bakar Pandan dan Kuih Lapis. Dia kata, kalau nak talam berlauk, tambah RM2. SK setuju jer, nak makan sangat.  Kemudian SK beritahu, pukul 3.30 petang ambil. Terkejut dia, rupanya kena notis satu hari laaaaaa.. hahaha. 

Disebabkan masa SK buat pesanan tu, belum tengahari lagi, jadi dia kata, bolehlah kalau nak buat sekotak, tapi talam berlauk dia tak buat hari tu. TB cuma dibuat jika ada permintaan, dan kena tempah seloyang, huhu. Ialah, orang muda sekarang mana pandai makan TB ni kan. Sk pun gantikan TB dengan kole kacang. Memang sedaplah talam-talam Noni ni. Nampak tak tersusun kan sebab order last minit siapa suruh.


Kalau nak datang walk in, boleh terus pilih kuih dah siap pack, macam dalam gambar ni, RM10, ada 8 jenis talam di dalamnya. Setiap talam ada tiga potong. Kalau nak beli yang pek kecil, RM2, tak silap ada empat potong. Cuma nasib-nasiblah dapat kuih yang ada aje. Kena datang awal kalau nak lebih banyak pilihan kot.


Sebab suka, Sk tempah lagi talam, sehari sebelum Makan-makan Harijadi Che Li. Dapat jugaklah Talam Berlauk. Repeat kole kacang sebab hari tu sedap sangat, kole kacang tu. Untuk penggemar Seri Muka macam Pak Inche, kita pesanlah Seri Muka sekali. Tapi, bila kira-kira balik, macam lagi untung la ambil yang dah siap pek RM10 tu. Ada 8 jenis kuih, 24 potong. Tapi, tak adalah Talam Berlauk Pujaan Hati Abah. Ya, ni kuih kegemaran abah, kini jadi kegemaran Sk pula. Makan talam berlauk ni, teringat abah.

Nak order, boleh whatsapp nombor kat gambar atas sekali tu ya.



Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ya Allah bagusnya. Suka macam ni. Puas hati sebab boleh makan dan rasa banyak jenis dalam satu masa. Jadi ada pilihan.

    ReplyDelete
  2. Sangat berbaloi la yang kotak RM10 tu.

    Tempat saya sakarang semua dah naik harga.Sebelum & semasa PKP 1 kotak/loyang 8x8=64pcs RM35.
    Sekarang lepas PKP semua RM45++
    Kalau talam berlauk dan talam durian rm60++

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!