Assalamualaikum...
BAGI sesiapa yang datang ke Bandaraya Johor Bahru pasti pernah melihat bangunan warisan yang dicat dengan warna merah ini. Begitu juga dengan Sk, walaupun anak jati Johor, tapi tak pernah tahu apa yang ada dalam bangunan ni. Cuma yang Sk tahu, bangunan ini milik persatuan bangsa cina. Oh, ya.. masa singgah sarapan di Kopiloco dengan Pak Inche sebelum ambil suntikan booster tuari, siap letak kereta di tepi bangunan ni lagi. Tapi, disebabkan masa tu hujan dan berpayung, nak cepat-cepat jalan, kan.. memang tak perasan yang Sk letak kereta tepi bangunan ni, hihi.
Masa menyusuri lereng kedai menuju Kafe Tak Seindah Wajah tu laaa.. baru Sk tahu, ia adalah Marrybrown Peranakan Heritage Restaurant, itupun Iman yang beritahu. Bangunan ni tular la di kalangan remaja terutama youtuber, instagrammer dan tik tokers. Jadi, blogger picisan ni pun nak menumpanglah sekaki.
Pastinya antara cawangan restoran Marrybrown yang unik kerana masih mengekalkan kemasan jubin lantai lama. Gaya lama juga dikekalkan melalui rekaan pintu, pemegang pintu dan daun tingkap.
5 Comments
Unik MB di Peranakan Heritage guna rekabentuk lain daripada kebiasaan MB. Ada aura 'lama'
ReplyDeletejrg mkn marry brown sbb tkde outlet berdekatan...onion ring tu suka
ReplyDeleteSangat unik dan menarik Interior design klasik dan moden. Kalau hantar abah ke HSA ni bolehlah singgah kejap. Dekat dah ni.
ReplyDeleteDari luar cantik, dari dalam cantik..kalau SA leka la ni amik gambar..setiap sudut instagrammable sangat nih....
ReplyDeleteCantiknya bangunan tu...Tapi lawo lagi mak inche nyaa😍😍😍
ReplyDeleteBlog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih