SUP TULANG 1

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum...

MASAKAN pertama di tahun 2022 setelah lama dapur tak berasap. Taip tajuk Sup Tulang 1, sebab nak kira, tahun 2022 ni, berapa kali agaknya masak Sup Tulang 😆


Pak Inche dah cucikan tulang siap-siap dan cuma letak dalam chiller. Jadinya, Sk balik, bolehlah terus masak. Mula terkejut tengok, kenapa sikit sangat membeli. Rupanya, dia simpan separuh, beli seketul tulang bahagian rusuk.


Dia suruh tambah daging dalam sup tulang. Dagingnya pun dah siap potong juga. 


Sk guna rempah sup bunjut jenama Adabi khas untuk tulang. Setiap kali beli barang dapur memang akan ambil rempah-rempah sup bunjut ni buat stok.

Iman pulak dah siap buat sambal kicap, sebab bapaknya mintak sambal kicap baru walaupun dalam peti sejuk dah ada stok sambal kicap. Bagus dua beranak ni boleh diharap, taklah maknya penat sengsorang.


Satu-satunya lauk untuk makan malam tadi. Sebab semua dah siap, senanglah kerja, terus masukkan tulang dan daging dalam periuk noxxa, campak halia seketul besar, bawang besar potong baji dan rempah sup bunjut. Kemudian set HP 60, tinggalkan jer dia buat kerja.

Dah siap, tambah garam, ajinomoto, masukkan bahagian bawah daun bawang dan daun sup, renihkan sekejap, siappp!!


Syukur.. Alhamdulillah 🌹



Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ada Noxxa semua kerja jadi beres kan...pas tu goreng bawang merah atau bawang putih...leburkan sekali dalam sup...uiiii...sodapppp

    ReplyDelete
  2. Menghirup kuah sup panas dimusim salji🤭ni enak banget.
    Azam 2022 juga saya nak guna Noxxa yang diperam sekian lama..hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!