KARI TULANG DAGING LEMBU NOXXA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

PERKARA yang jarang-jarang terjadi apabila Sk memasak ketika cuti umum. Lepas sarapan di Warung Saga semalam, kami terus balik ke rumah. Cik Ani nak singgah ambil tong gas. Kemudian ada orang datang nak tukar lampu. Dua biji lampu dalam rumah dah macam lampu raya, lap lip lap lip 😆. Hurmmm.. kalau tahu Cik Ani nak singgah, memang nak suruh Che Li jer yang buat, tapi sebelum ni asyik tak sempat. 

Sebelum keluar semalam, Sk dah buat telur separuh masak. Dalam pukul 11+ makanlah pulak telur dengan roti. Dua kali kenyang, memang malaslah keluar nak cari makan. Nak masak lagi malassss 🤭 Akhir-akhir ni, cuaca agak panas, tu yang malas nak keluar. Tambahan pulak, anak yang tersayang kena kerja, memang tak ada mood nak meronda-ronda. Tanya Pak Inche, nak masak ke atau makan luar hari ni? Dia tanya balik, nak masak ke? Sk kata, masak laaa lagi baik, rasa macam rajin nak masak. Pak Inche kata, masaklah Kari Tulang. Baik, tuan!


Tulang ni Pak Inche beli dari Pasar Tani. Setengah kilo dah masak Sup Tulang, ada lagi setengah kilo. Adalah lima enam ketul, jadi Sk tambah dengan daging lembu yang memang banyak stok dalam peti ais. Pak Inche memang suka beli daging. Asal nampak jer beli, Mak Inche nyer je yang malas masak 😜. Tu takpa, beli kentang sampai kecut, tak jugak dimasak-masak. Dah semalam tak ada kentang nak masuk dalam kari. Pak Inche kata, nanti petang beli, masukkan kemudian, hehehe. Sk masak dalam periuk tekanan, jadi kentang tu, Sk rebus dulu hingga empuk, baru masukkan dalam kari (yang dah siap masak). 

Kari Tulang Daging Lembu

Bahan-bahan :

1/2 kilo tulang lembu
300 gm daging lembu (potong kiub selebar 1")
3 biji kentang potong 4
Minyak secukupnya untuk menumis
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 biji bawang besar merah kisar halus
2" halia kisar halus
2 tangkai daun kari
4 sudu besar (membumbung) rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya
2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Ajinomoto jika suka
2 biji tomato potong 4

Cara-cara :

1. Panaskan minyak masak, kemudian masukkan kulit kayu manis
dan bunga lawang. Panaskan sekejap, barulah masukkan bunga cengkih dan buah pelaga.

2. Masukkan bawang dan halia yang dikisar halus, tumis hingga pecah minyak, masukkan daun kari.

3. Kemudian, masukkan rempah kari daging, serbuk cili dan serbuk kunyit, tambah air sedikit, tumis hingga terbit minyak sambil ditambah air sedikit demi sedikit.

4. Apabila rempah cukup masak, masukkan dalam periuk tekanan bersama tulang dan daging lembu. Tambah air paras daging dan tulang, kacau sekejap. Kemudian tutup periuk, setkan HP 60.

5. Lepaskan wap periuk, tukar ke mode 'stir fry'. Masukkan kentang yang direbus, asam gelugor, garam dan ajinomoto, masak lagi mendidih.

6. Akhir sekali, masukkan tomato dan 'off' mode periuk tekanan.


Walaupun dah masak, lepas ambil Iman balik pejabat, Pak Inche nak jugak singgah Pasar Malam Taman Tampoi Utama. Beli jajan katanya. Jadi, Sk pesan, belilah sambal belacan. Sambal belacan beli dari gerai yang menjual masakan Kelantan, manislah pulak macam orang yang menjualnya.


Si penjual macam bagi 'hint' suruh beli lauk lain. Rugi kot dia kalau jual sambal belacan saja. Jadi, Pak Inche beli limpa sekeping. Nak beli sambal belacan RM2, dah jadi RM6 campur dengan lauk Limpa Masak Rempah. Mujur sedap lauk limpa tu. Salah satu lauk yang Sk tak pandai pernah masak.


Yang wajib beli, tentulah Cekodok Pisang. Di gerai yang sama, Pak Inche beli jugak Tauhu Sumbat ni, RM2, empat keping. Sk bukan peminat tauhu sumbat, jadi, dua beranak tu makan sorang dua ketul.


Sebelum makan, gorengkan ikan kepala dua ni, hehehe.
Selalu kalau masak kari daging, ada Daging Masak Kicap tapi masa taip blog ni baru teringat, Pak Inche tak pulak sebut nak daging kicap.


Beli Churos jugak kat pasar malam. RM5 untuk lapan ketul campur satu sos pencicah. Tak silap ada coklat, caramel, strawberry, mangga dan beberapa lagi. Iman pilih coklat. Sedap, churos ni, Iman perli-perli dulu ada orang RAJIN BUAT. Hahahahaha.. hahahahaha.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak berlenang-lenang kuah kari tulang daging lembu tu....sedap ni cecah dengan roti buat sarapan pagi. Tertarik pulak dengan ikan goreng kepala dua tu.

    ReplyDelete
  2. Aduh bila nampak kari terus teringin nak makan dengan roti jala. Alahai.

    ReplyDelete
  3. hahaha Iman...apa kata awak yg rajinkan diri buat sekarang ni

    ReplyDelete
  4. aduhhh..cantik cantik mangkuk Cik Port akak... meleleh tengok kari..meleleh lagi tengok mangkuk..hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!