Assalamualaikum...
MALAM tadi, Sk tak memasak. Pak Inche ajak makan di luar dan Iman pulak menyokong. Malas nak kemas dan cuci pingganlah tu. Sk berangan nak masak Kari Kambing, kambingnya dah lama tersadai dalam peti sejuk beku sejak dua tiga bulan lepas. Nasib baiklah dah dipotong-potong kalau tidak, tentu mengembik-ngembik mintak digulaikan 😅
Kalau selalu, kami ke Adam's Kitchen di Taman Daya, kali ni dah boleh pergi yang dekat dengan rumah. Adam's Kitchen telah membuka cawangan baharu di Kulai yang mana cuma mengambil masa 15 minit dari rumah kami. Restoran di Kulai ni lebih besar dan luas dengan kapasiti yang lebih ramai. Namanya pun lain sikit, THE GRAND by ADAM'S KITCHEN. Masa kami sampai, pelanggan memenuhi setiap meja padahal jam baru pukul 8.15.
Seorang staf datang kepada kami dan meminta maaf kerana tiada meja kosong dan mungkin akan mengambil masa yang lama untuk menunggu. Kami diberi pilihan untuk tunggu atau tidak dan berkali-kali beliau meminta maaf. Di saat kami hampir hendak meninggalkan restoran, seorang staf membuka ruangan di sebelah luar. TGBAK ni dibuka di lot tepi dan ada ruang makan terbuka cuma belum dibuka kepada pelanggan. Jadinya, mereka buka ruangan tu dan dapatlah kami duduk.
Tq tq SK. Dah dapat idea buat durian goreng tempura. Tak sabar nak cari durian ni ...sedapnya!
ReplyDeleteMenarik semuanya yang di order tu SK...
ReplyDeleteUntung datang makan bila service pantas. Sedap daging dihiris nipis macam tu. Durian goreng tempura, first time tengok pun. Wajib cuba ni kalau peminat durian.
ReplyDeletesemua makanan yg dihidangkan begitu mengujakan. Yummy!
ReplyDeleteUiiii....durian tempura......terlioa
ReplyDeleteMenarik ni. Antara faktor utama menarik perhatian saya sbg pelqnggan, makanan sampai cepat. Tak larat nak layan ragam anak anak kat kedai makan kalau makanan sampai lambat.
ReplyDelete