Assalamualaikum...
ALHAMDULILLAH.. hari ini, Sk dan Pak Inche berdua memenuhi undangan walimah dari anak saudara Sk bagi meraikan majlis perkahwinan puterinya Farzana. Ya, Sk tak salah tulis, mak pengantin tu anak saudara Sk, jadi, pengantinnya tu, pangkat cucu dengan Sk. Mak pengantin merupakan anak sepupu Sk. Sepupu Sk ni pulak, anak arwah Pak Besar, abang kepada arwah abah Sk.
Memenuhi SOP, jemputan yang menerima e-card perlu membuat rsvp dengan memilih lima slot yang diberikan dan Sk memilih slot ke-4 iaitu jam 2 hingga 3 petang. Masa sampai, sedang berlangsung acara bergambar dengan mempelai. Pak Inche menyuruh Sk mengambil makanan dulu sementara dia 'chop' meja 😂
Pinggan Sk, hehe. Hidangannya, nasi beriani, ayam masak merah, daging beriani, dalca dan acar jelatah. Ada dua tiga jenis talam, kek coklat dan tapai pulut tak silap. Sedap sungguh hidangan yang disajikan.
Penuhhhh pinggan Pak Inche. Lapar kot, pagi tu kami cuma makan nasi lemak seorang sebungkus, sajalah simpan perut nak makan nasi kendughi 🤭
Perantin selamanya sedang makan beradab 🤣
Memandangkan sebenarnya ini kenduri di sebelah lelaki, jadi memang tak jumpa ramai sedara. Majlis sebelah perempuan dibuat di Perak kerana keluarga mereka telah bermastautin di sana.
Merakam kenangan dengan ibubapa pengantin. Anak saudara Sk ni, lebih tua sebenarnya dari Sk. Dia panggil Sk, aunty, hehehehe.
Sebelum balik, minta Pak Inche tangkapkan satu gambar depan pintu masuk dewan. Banyak kali pesan, pastikan nampak kurus dan tinggi 😆.. tapi... lemahhhh. Janji snap aje, sekurangnya betulkanla apa yang nampak tak betul, suruh diri tegak ke, mengiring ke, kaki rapat ke.. hurmmm. Tapi, nasib baik Pak Inche kata, Mak Inche lawo
😜
Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah).
Wah, kebaya nyonya tu ye SK. Tahniah! Kuyus & berpinggang tu tau.
ReplyDeleteSepatutnya pengantin panggil nenek bukan aunty haha
ReplyDeleteHehehhe.. tu mak pengantin yg panggil aunty, pengantin boleh panggil granny 🤣
DeleteCantiknya kebaya nyonya dia...sedihnya kebaya nyonya SA x muat...hahaha...so kena paki kebaya batik je semalam..
ReplyDeleteYou make me crying at bucu katil la SK..🤣
ReplyDeleteJeles ooo tengok makcik ko lawa pakai kebaya nyonya...🥰
Selamat pengantin baru unt farzana dan rauf. Semoga berbahagia sampai syurga. Pengantin lama pun sama, semoga terus bahagia. Sukalah tengok trend pengantin bersongket sekarang. Mengembalikan zaman songket dulu. Saya pun dah pangkat nenek, sebab sepupu sebelah ayah semuanya dah bercucu. Anak sepupu pun lebih tua dari saya dan panggil kita makcik. Huhu...
ReplyDelete