MAKAN DI WARUNG PAK MUS

Seri Kandi Tanah Jauhar
2 minute read
9

 Assalamualaikum...

BILA malas bercampur penat, mood nak memasak memang ke laut. Tambahan pulak, bahan yang nak dimasak, keras beku dalam peti ais. Kalau nak dinyahbeku, akan mengambil masa beberapa jam. Kalau ada udang, cepat jugak cairnya, tapi tak ada stok pulak. Ada kiub daging kambing dan daging lembu, tapi rasanya dah beberapa hari asyik makan daging merah, jadi kena berhenti dulu ambil daging.. kononnnn.

Pak Inche pulak tak makan nasi pada siangnya. Dah dipesan berulang kali, makan nasi.. makan nasi.. tapi alasannya tak sempat. Dia mengajak makan di Restoran Budak Siew Mai, tapi macam tak berminat pulak nak ke sana. Bila bagi cadangan ke Warung Pak Mus, cepat pulak dia setuju. Terus dia membayangkan nak makan roti canai dan nasi goreng daging. Aik! Orang dah nasihat jangan makan daging, dia nak jugak.


Roti Canai habis, kata adik yang ambil pesanan tu. Pak Inche tunjuk ada sekeping roti canai terdampar atas dapur. Adik tu kata, tak boleh jual, tu dah lama, huhu. Sedih jer muka Pak Inche. Dia pesan Nasi Goreng Daging, degil betul. Nak pesan sup, cuma tinggal sup babat (tak silap) dan gear box. Jadinya, dia kata, nak sate. Sk cakap, kalau nak sangat, beli 10 cucuk aje. Dia order 15 gais! Lepas tu, paksa kitorang habiskan.


Iman pulak nak makan Mee Bandung. Setahu Sk la, sebelum ni Iman kurang sikit makan mee kuning ni. Sejak bila jadi peminat mee bandung, tatawlah. Lepas tu dia kata, bonda cerita Iman tak suka mee bandung ada kacang tu salah. Dia suka yang ada kacang-kacang, tu la sedap. Okay, salah dengar la tu, hahahahaha.


Nasi Goreng Kampung, Sk pesan buat pedas. Hambekkkk kau, dihempuknya cili padi Bangladesh yang merah-merah tu. Suapan pertama jer dah berdesing pedasnya. Tapi sedap. Habis makan, perut rasa sikit sebu dan dada sakit, terus fikir kenapa.. Iman kata, makan pedas. A a.. ek.. nasib baik sekejap aje dah hilang. Taklah banyak sangat pun cili tu, yang penting, nasi goreng dia memang tak mengecewakan la.

Alhamdulillah.

Restoran Pak Mus Kitchen

Jalan Kacang Panjang,
Gelang Patah, Johor

Tel : 014 7768990

Waktu Operasi 5 petang hingga 10.30 malam
Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. PH suka makan kat gerai/warung gini...
    Food selalu sedap-sedap. Macam nasi goreng & sate tu, sedap nampaknya.

    ReplyDelete
  2. wahh..nasi goreng dia...nampak mengiurkan

    ReplyDelete
  3. Mee Bandung dia mengiurkann.. kita suka jenis meleleh kuahnya gitu tak pekat Kak...

    ReplyDelete
  4. Adudududu. Tengok mee bandung tu..rasa nak la pulak.

    ReplyDelete
  5. Kena repeat lagi ke biler PI x dapat makan roti canai tu?hehehehe...

    ReplyDelete
  6. Naik lapau tengok makanan.. Sate tu yang menyelerakan.

    ReplyDelete
  7. Pak Mus pulak dahhh🤭
    Hee....saya terliur sate sebab saya penggemar daging merah.Kambing lagi la...hihihi..

    ReplyDelete
  8. Paling malas nak tunggu nyahbeku tu. Dari rajin jadi malas. Udang tu okaylah lagi cepat sikit kan. Tudiaa penangan mi bandung. Dari tak suka mi kuning terus suka makan mi bandung jadinya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!