Assalamualaikum...
MASA sekolah-sekolah dulu, bila disebut tahun 2020, masing-masing mencongak umur. Kalau ditakdirkan panjang umur, tahun 2020 tu akan mencecah usia 45 tahun. Usia hanya pinjaman, ada rakan-rakan sekolah Sk yang telah meninggalkan kami lebih awal. Ada yang pergi sebelum mencecah usia 40 malah ada yang pergi sebelum usia 20. Kadang, tak tercapai dek akal akan melewati usia 40-an dan ada anak yang dah 20-an. Betullah lirik lagu Fauziah Latif yang menjadi siulan zaman remaja dulu..
Ingatlah semua.. usia tua pasti menjelma.. detik masa yang laju.. pantasnya tak akan menunggu..
Begitu usia.. makin hari makin meninggi.. siang malam berganti.. yang pergi tak berulang sekali lagi....
Begitu cepat putaran masa.. terkadang tanpa pun kita sedar.. siapa yang lebih bersedia.. dialah yang selesa....
Tua mengejar pasti tiba saatnya.. kau merasa hidup tak seperti waktu remaja.. di mana tenaga menyala-nyala.. di hari tua makin terpadam semua...
Tua mengejar di mana kau berada.. tak berbeza semua kan merasa.. itu hakikat tak bisa hindari walau seinci.. bersihkan diri sebelum terlewat nanti.....
Hai kawan semua.. aku hanya memberi pesan.. andai cukup bekalan.. tak mungkin kita kehausan..
Usahlah menunggu.. uban memutih di rambutmu.. cepat-cepat berilmu.. semoga tak bertemu di jalan buntu...
Dah.. semput nyanyi 😆😆
Tahun baharu, orang berazam untuk kurus, namun bila akhir tahun, semua azam pun dah ke laut. Rasanya, dari 100 orang yang menanam azam, mungkin cuma 3 orang yang berjaya. Sk termasuklah. Bukan termasuk yang berjaya tu, tapi 97 orang yang azamnya ke laut 😜
Pagi ini, selepas menghantar Iman ke pejabat, mak dan bapak meronggeng cari sarapan. Hajatnya nak ke Pak Din Kopitiam di Puteri Harbour tapi tutup pulak. Sk mengajak Pak Inche ke
WR Kopitiam tapi Pak Inche bagi alasan sempit dan susah letak kereta. Jadinya, kami menghala ke Eco Botanic dan bersarapan di TOAST 'n' TOAST.
Sesuai dengan namanya, TnT menawarkan 40 menu roti bakar dengan pelbagai topping.
Walaupun begitu, Roti Kaya Butter atau Roti Kahwin, tetaplah yang menjadi pujaan hati Pak Inche.
Pak Inche mengajak berkongsi Mee Udang, isteri mithali tak akan menolak demi menjaga perut hati suami.
Selain 40 menu roti bakar, terdapat juga pelbagai menu roti bakar yang dihidang bersama kepingan telur, ayam dan sosej serta salad. Sk memilih Toast & Chicken Slice, sebagai pengalas pengisi perut Sk pagi ini ditemani secangkir kopi panas.
Kepingan roti bakar dengan inti kepingan isi ayam dan telur serta salad yang sangat sedap. Ada side dish, kacang panggang. Hurmm.. kalau jumpa Sk, jangan pelik kenapa perutnya berlapis-lapis.
😂
Alam Sari di Tanah Jauhar mengucapkan Selamat Tahun Baru 2022. Terima kasih atas kunjungan anda dan semoga anda berpuas hati dengan ole-ole dari Selatan di tahun 2021 yang lepas.
Besar2nya udang dia!
ReplyDeletewow sampai 40 jenis roti bakar! Kalau saya confirm garu kepala nak pilih yang mana satu. pepagi dah dilema hahahaha
ReplyDeleteTengah sedap menyanyi lagu Fauziah Latif, terus skroll ke bawah... eeehhheee sedap2lah pulak tayangannya!
ReplyDeleteeh kita ternyanyi plak kat sini hahahaa...
ReplyDeletebetul la masa umur 20an dulu, tercongak2 tahun 2020 kita akan capai umur 40an...
macam rasa tua sangat hahaha tp bila dah capai umur 40an ni , eh eh macam rasa muda je lagi hahahah
Selmat tahun baru SK...semoga yang baik-baik dan yang indah- indah sahaja buat kita semua di tahun 2022 ni ye
ReplyDelete40 menu? bykkk nyaaaa
ReplyDeletePergh...40menu tu semua nampak sedap..
ReplyDeleteEh,ternyanyi jugak la lagu Fauziah Latif tuðŸ¤.Nyanyi dalam hati ja la...membuai anak cacing tidur🤣