Assalamualaikum...
DUA hari ini, berlangsung di Komtar JBCC, Kopi O-Rama. Acara yang menggabungkan pelbagai vendor kopi ini pastinya menggamit ramai penggiler kopi untuk berkunjung. Lepas jemput Iman di pejabatnya semalam, kami tiga beranak terus meronggeng ke sini.
Ramai juga vendor kopi yang mengambil bahagian dalam Kopi O-Rama ni sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Dahlah gerai semua rapat-rapat. Nanti kita singgah beli gerai ni, gerai yang sebelah kecik hati pulak, hahahaha.
Kopi Kampung Selatan.
Mempunyai dua cawangan di Johor Bahru iaitu di Taman Desa Tebrau dan Kampung Mulia, Ulu Tiram.
Ikhwan Coffee
Mempunyai dua cawangan juga iaitu di Jalan Yahya Awal dan di Bandar Baru Uda. Abaikan model baju merah tu ya.
Kopi Dua Darjat.
Ni datang jauh dari Kuala Lumpur.
Duo Kopi
Kopi dari Tangkak
Kopi Saigon
Tak pasti di JB ni ada cawangan atau tidak, Kopi Saigon ni cawangannya kebanyakan di Selangor dan KL dan dikatakan kopinya sedap. Mula ingat nak cuba dua tiga kedai kopi tapi dah perutnya ada tiga aje.
Tiada Hari Tanpa Kopi,katanya.
Best Seller iaitu Kopi + Susu Pekat.
Sedap.
Seiring dengan zaman, kopi bukan sekadar kopi susu. Yang ni Kopi Ovomaltine (Kopi + Susu + Ovomaltine + Krim). Sedap giler!
Ada tempat lepak-lepak tapi tak cukup luas. Ada meja dan kerusi kayu taman disediakan tapi tak cukup banyak. Jadi, kurang selesa nak menikmati kopi dan makanan yang dijual. Sebab tak dapat meja, kami cuma beli kopi dua cawan, itupun jenuh nak habiskan.
Ada persembahan dari Band Indie.
Orang JB yang nak pergi tu, hari ni sempat lagi tau.
Pergi jangan tak pergi, hihi.
3 beranak ni pandai hiburkan kita la....tgok la tu perangai gamabr last tu...geram je...jauh la SK..nak ke sana jammed teruk tu ha...
ReplyDeleteMeronggeng ye? Dulu suka guna perkataan ni hihi...
ReplyDeleteRambang mata juga nak memilih ye, macam-macam kopi ada.
tu la nampak keyin ada buat live kat tiktok..tapi belum nyempat lagi nak ke sana...
ReplyDeleteMasya Allah....
ReplyDeleteMalam tadi ketagihan kopi..Tu yang tulis entri pasal bancuh kopi.Sekali datang sini..omak aiiii....pesta kopi...😍😍😍Saya suka sangat kopi Saigon tu..
Mesti aroma kopi harum semerbak kat situ...!
ReplyDeleteMacam2 kopi ada
ReplyDeleteKopi belalang p ramlee takde ke
Huyyyooo.. Teringin try yang tenggek tenggek tu
ReplyDeleteJauh pulak nak pergi. huhu...kenyang minum kopi lah kalau pergi.
ReplyDelete