MENGOPI DI BUTTERBEANS

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

LEPAS makan di dapoq Schombi, kami menghala ke Nusajaya. Sekarang ni rasanya, macam hari-hari pergi Nusajaya. Ada sahaja urusannya.. kali ini nak mengopi di Butterbeans sambil menikmati angin petang yang sepoi-sepoi bahasa.

Nusajaya ni, antara laluan balik rumah jugak. Agak-agak malas nak mengesot kat Jalan Skudai, ikutlah laluan Danga Bay menuju ke Nusajaya. Dah menyirap selasih, jadi, SK pesan, Hot Cafe Latte. Material cawan tu cukup tebal dan berat, menjadikan kopinya lambat sejuk. Ada sesetengah rumah kopi, kopinya suam kuku bila dihirup, kurang best. Terasa betul kopi di Butterbeans ni dibancuh dengan penuh kasih sayang.



Tiga beranak ni macam tak reti kenyang ek. Padahal katanya portion di dapoq Schombi tu kemahen banyak. Alah, kopi aje pun, hahaha.


Chombee, Puding Karamel dan Ice Toffeenut Latte.


Puding Karamel sedap tapi rongganya besar-besar, mungkin dipukul terlalu kuat.


Aksi Chombee untuk peminat. Hashtag-nya 'Perempuan Paling Digeruni. Kak Amie tanya di fb, apa yang digeruni? Kalau nak tahu, itu gelaran Iman masa sekolah. Kalau ada sesiapa pinjam barang dia, ko janganlah lupa pulang segera, sekejap lagi halilintar dan guruh sabung menyabung, gerun oiiiii!


Latar putih menjadikan ruangan dalaman tampak luas. Cafe ni memanjang ke belakang. Masuk jer nampak pandangan tembus ke belakang kedai, tu yang rasa lepak luar lagi syok.


Luas bahagian belakang ni. Teringat, pernah kopi-kopi di Watak Kopi, Kuantan di bahagian belakang kedai. Masa tu di JB ni belum ada banyak kedai kopi macam sekarang.


Tuan Tanah Kedaung.. Tang manalah kata turun sepuloh kilo tu ek???


Pinjam gambar kedai kat fb ButterBeans.. hehehe. 
Selain kopi-kopi, makan-makan pun ada tau.. datang lahhhh...


CJ8C+CW, 
79250 Nusajaya, Johor

Buka setiap hari kecuali Isnin

Waktu Operasi 
9 pagi hingga 10 malam 
Jumaat 2 petang hingga 12 malam



Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lama tk mkn puding caramel...sedap nmpk kopi tu

    ReplyDelete
  2. kenapa gambar tuan tanah kedaung tu berconteng conteng?

    ReplyDelete
  3. dibancuh dengan penuh kasih sayang yea.. tu buat orang ramai datang berulang kali

    ReplyDelete
  4. Ohoooo... gitu ceritanya Iman digeruni ye. Abang Farid pula cikgunya kata dalam kelas dialah tempat kawan-kawannya pinjam segala alat tulis. Lepas itu Abang Farid sendiri yang tagih daripada kawan yang lambat kembalikan. Halilintar kilat sabung menyabung semua tak ikut sama hahahah!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, lebih banyak makan bersama lebih erat kasih sayang. Nikmati menu apa pun kalau dengan insan-insan tersayang sangat bermakna walaupun dah makan banyak ke..dah kenyang ke.. kesempatan waktu tu yang penting dapat sama-sama.

    ReplyDelete
  6. mengopi di kopi. Jap tunggu anak besar bru boleh ngelayo. haha

    ReplyDelete
  7. sedapnya dapat ngopi ye. sekarang ni penuh dgn coffee shops cantik2 kan. suka sangat tgk.

    ReplyDelete
  8. Entry ni memang mintak kena jeling ni....saje je kan...dah la kita suka puding caramel tu....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!