Assalamualaikum...
HARI Isnin, Pak Inche kata, panaskan jer lauk Siput Sedut Masak Lemak Cili Api tu. Hurmm.. tentu-tentulah Iman tak makan lauk tu, kan. Ahad tu, dah gorengkan udang, takkan nak goreng udang lagi. Ke.. nak goreng ayam pulak. Lepas tu, ting! Teringat, lebih baik ayam tu masak asam pedas, boleh buat bawa bekal hari selasa. Pun, tak jadi bawa bekal sebab Iman kan ada temujanji Booster Dose, hehehe.
Suku bahagian ayam yang Sk simpan, kononnya nak mengulang masak Nasi Ayam. Sebab ia aje ayam yang ada, Sk potong-potong dan masak asam pedas guna Pes Cili dan Bawang yang masih tinggal dua senduk dalam tipuware. Bila dah siap pesnya, memang masak pakai campak-campak ajelah. Iman seronoklah ada Asam Pedas Ayam, tapi sekali suap terus dia kata, pedasnyaaaaa. Ya, cili kering beli kat aeon tu memang dah pedas, Sk pulak pergi tambah lada hitam, berasaplahhhh, hahahaha. Yang Iman pulak letak kuah banyak-banyak. Resepi Sk salin dari POST INI dan tampal semula di sini ya.
Setengah ekor ayam (potong kecil atau ikut citarasa)
2 batang serai diketuk
1" halia hiris
1/2" lengkuas hiris
2 senduk Pes Cili kering yang dikisar bersama Bawang
Minyak untuk menumis
1 sudu asam jawa adabi + 1/2 cawan air (kacau rata)
Garam secukup rasa
Daun limau purut
2 sudu lada hitam ditumbuk kasar
1/2 sudu lada hitam biji
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar bersama serai, halia dan lengkuas.
2. Tumis bahan tersebut hingga pecah minyak, tambah air jika perlu dan tumis lagi hingga cantik tumisan, tambah air sedikit-sedikit secukupnya.
3. Masukkan ayam, masak ayam hingga empuk dan lembut barulah masukkan air asam jawa, daun limau purut, lada hitam dan garam.
4. Renihkan sebentar dan bolehlah ditutup apinya.
Macam biasalah hari isnin, tak sah Pak Inche kalau tak singgah ke pasar malam. Pak Inche tapau lauk Kari Ayam. Ada satu ketul ayam dan beberapa ketul hati dan pedal ayam serta leher ayam. Isi ayamnya tak dimakan, cuma makan kuah jer. Isi ayam tu dia suruh simpan untuk makan malam esoknya (malam tadi).
Iman tanya malam tadi, "Bonda, sekor ayam kan cuma ada satu jer pedal dengan hati, dulu macam mana, bonda tak berebut ke (dengan adik beradik la kot maksud dia).
Terus teringat dulu-dulu kalau ada kenduri kat kampung, nanti lepas dah siap siang-siang ayam tu, makcik-makcik akan asingkan bahagian organ dalaman ayam ni. Okay, sejujurnya organ dalaman tu, SK tak ingat sangat, yang Sk ingat, dalam besen ada baaaaaaanyak telur ayam yang tak ada kulit, macam bahagian kuning jer la gitu yang berwarna keoren-orenan. Punyalah kecurrrrr SK menengoknya. "Ni budak-budak tak boleh makan," kata makcik-makcik tu. Penipu!!!! Hahahaha.
Seronoknya baca pengalam SK pasal ayam. Telur yang tak berkulit tu kami panggil telur muda. Memang sakit hatilah zaman dulu kita tak dibenarkan makan organ-organ dalam ayam tu.... Rupanya sedap!
ReplyDeleteTypo# pengalaman
DeletePenangan SK dok cerita beli siput sedut kat Pontian..Adah dah 2x minta beli lauk siput..kimia berjangkit ke anak🤣
ReplyDeleteJangan dia baca asam pedas ninpulak sudahhhh
Teringat dulu kalau kenduri suka makan kacang panjang goreng + hati pedal ayam...
ReplyDeleteSampai la suka makan hati ayam hehe...
Uncle nak cuba buat lah...
ReplyDelete(eceh... macam lah uncle ni pandai masak... hehe)
Semalam singgah entry siapa ntah ada asam pedas ayam..hari ni masuk sini pun asam pedas ayam gak..sedapnyaaa
ReplyDeletePekat memikat asam pedas tu kak SK. Belum pernah lagi merasa asam pedas dengan blackpepper. 2 level pedas bergabung :)
ReplyDelete