Assalamualaikum...
KUAH kari sahaja yang tinggal, tulang dah habis, apalagi daging. Sayang betul walaupun yang tinggal hanya kuah. Ada sedikit kelapa parut dalam peti ais, melempeng kelapalah kita.
Bancuh Kopi Kedah. Serbuk kopinya pun tinggal ngam-ngam untuk secawan kopi. Hari-hari minum kopi o, pagi ni, Sk bancuh kopi susu.
Melempeng dua keping aja. Kelapa parut tu adalah secawan kot. Letak tepung gandum 4 sudu, garam, telur, air sedikit, kacau-kacau-kacau, terus panaskan kuali, bubuh minyak masak. Tak dan nak tunggu biji gandum kembang, dah masukkan dalam kuali, hihi.
Lempeng kelapa kena tebal, baru sedap. Teringat-ingat Lempeng Kelapa Asam Pedas Sembilang di Warung 60-an Kampung Pasir. Lama tak makan sana. Dah tua-tua ni, suka pulak lempeng kelapa, padahal masa kecik dulu, rasa macam terpaksa aje nak makan lempeng kelapa. Sedang pantai lagi berubah, apalagi selera manusia, kannnnn.
Terus teringin lempeng..tapi suka yang ada kelapa...yang tepung biasa..Pak Zain je pandai buat..SA buat selalu x jadi....hahahaha
ReplyDeleteSedap lempeng cicah kuah kari pun. A ah kan. Dulu macam rasa terpaksa makan je. Dipandang sebelah mata je. Sekarang kalau dapat, mahu bertambah makan :)
ReplyDeleteLempeng macam ni uncle tak yah cicah apa-apa... Habis!
ReplyDeleteooo lempeng kelapa ni kena buat tebal baru sedap ye. lama tak makan lempeng kelapa. lempeng kelapa SK macam serupa telur dadar la.
ReplyDeleteAmboi, udahlah nampak sedap, gambar pun kemain lawa hihi...
ReplyDeleteBetullah SK, kecik2 dulu makan nak tak nak je... bila dah dewasa, makanan zaman kanak-kanaklah yg dicari & jadi kesukaan kan...
Dapat makan lempeng kari tulang...bancuh kopi O panas..Dok pulak atas pelenggaq tepi bendang sambil hayun kaki dalam parit...uiiiii
ReplyDelete