Assalamualaikum...
NAMPAKNYA dalam seminggu dua ni, tiada makan-makan di rumah kenduri. Tekak Pak Inche pulak,dah gatai nak pekena masakan kenduri orang utara. Semalam, masa Sk pelawa untuk makan nasi waktu tengahari, dia sombong kata masih kenyang makan Roti Telur dan Mee Rebus. Cuma minta Sk panaskan murtabak yang dibeli di pasar malam (hari apa tak ingat). Dah petang, mengadu lapar dan mengajak Sk ke Restoran Dapoq Schombi yang terletak di Taman Molek, selepas mengambil Iman dari pejabat.
Baru Sk tahu, dapoq Schombi di Taman Molek ni merupakan cawangan dapoq Schombi Johor Bahru. Mengetengahkan menu kenduri dari utara, dapoq Schombi sebelum ini telah dibuka terlebih dahulu di Shah Alam, Selangor.
Kalau Johor terkenal dengan nasi beriani, pantai timur terkenal dengan nasi minyak, di utara pula terkenal dengan nasi tomato. Terdapat empat pilihan lauk di sini, iaitu, Ayam Ros, Ayam Bawang, Daging Mamak dan Kurma Kambing. Setiap hidangan didatangkan bersama dalca, acar jelatah dan minuman sirap selasih.
Isnin - Sabtu 11AM - 8PM
Ahad TUTUP
Ye Kak, kawan kita pun kata sedap dan portion besar.. nanti nak try gak lerr, rindu plak makan nasi kenduri..
ReplyDeleteTudiaaaa.....makan nasi kenduri sedapnyaaaaa...
ReplyDeleteTapi dalam banyak-banyak tu...ada satu yang saya jarang jumpa...
Jarang jupa orang pakai mask kat lengan🤣🤣🤣🤣🤣
Uncle pun teringatkan Chombi.... :D
ReplyDeleteLauk masak hitam tu nampak sangat menggoda la SK...
ReplyDeleteWkmussalam
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
Alamak lauk kenduri la...bestnya...Sabtu ni anak buah SA kawen...bleh la makan kenduri ni...Iman kalau x buat hal amik gambar mmg x sah kan Schombi oiiiiii
ReplyDeletehaaa...baru bukak kan kak?sy follow jugak shanell harun kat ig,..dia owner dapur schombi ni..tapi kat shah alam pon sy x try lagi
ReplyDeletehahaha...adoi.. kelakar tengok gambar gambar Iman layan je lensa bondanya... kalau anak saya... susah nak suruh bergambar. kalau nak bergambar pun, awal awal dah bgtau mamanya, jangan letak kat instagram mama eh
ReplyDeletePuas hati makan di sini SK... saya pun jadi teringin pulak!
ReplyDelete