MAKAN DI RESTORAN BUDAK SIEW MAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
14

 Assalamualaikum...

LEWAT makan malam tadi, tapi kata Iman, best jugak makan dah lewat sebab orang dah tak ramai. Tenang aje makan. Haaa.. memanglah tenang, tapi sementara nak tunggu pergi makan tu, dia punya lapar, sampai makan satu rumah.. hahahah. Maksudnya, apa jer makanan dalam rumah tu dikerjakan. Kacang Ngan Yin sebungkus habis, coklat la, macaron la.. gara-gara Pak Inche lambat balik sebab ke klinik. Urusan di klinik lambat sebab urusannya lembab dan ramai orang, tak tahu kenapa.


Lapar nasi.. tak sempat makan tengahari katanya. Apa tah yang disibukkan? Nasib baik masih ada Nasi Ayam Hainan. Pesan juga Chee Cheong Fun sepinggan. 


Tak sahlah Sk kan, kalau tak makan Cantonese Kuey Teow. Kali ni Sk pesan Cantonese Beef Kuey Teow. Besar betul potongan daging dan agak tebal tapi lembut dan empuk. Sedap sangat. Tapi tu la.. dia bagi cili padi merah bangladesh tu, dah pijor bibir dibuatnya.

Iman makan dim sum aje, Mushroom, Crispy Salad Prawn dan tentunya Durian Roll. Tak lama nampak staf restoran letak papan hitam tulis, Pesanan Terakhir 9.45 malam.. tapi tulis omputeh laaaa.. hehehe.


33, Jln Sentral 2, 
Taman Nusa Sentral, 79100 Nusajaya, Johor

Buka setiap hari kecuali Jumaat
11 pagi hingga 10.30 malam






Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau lapar jangan dibuat main... segala yg boleh dimakan, memang habislah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaaa, PH, kalau tak ada benda2 tu, mahu sy masak maggi.

      Delete
  2. Okey SA suka kantonis kuew teow tu..kalau pi Paparich memang order ni sokmo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama sungguh tak ke Paparich. Eh, ada lagi ke Paparich?

      Delete
  3. kalau saya gigil dah makan lambat. huhu...Nasib baik sempat order sebelum tutup :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gigil punya pasal tu yg jadiknya makan satu rumah, hihi.

      Delete
  4. sama fav kita kak... kuey tiaw kantonis... tp suka kalo yg buh seafood.. hihi.. skrg iman kita pun dh terikut jugak dh.. mst order sama dgn ibu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang akak order jugak seafood Cantonese, ni saja ubah selera, daging pun sedap rau, Mim.

      Delete
  5. Nengok durian roll terus ingat buffet ramadhan.. time tu berebut-rebut memasing hahaha

    ReplyDelete
  6. Sedap2 menu yang Iman order tu.

    ReplyDelete
  7. saya kalau dah makan dim sum tak makan dah yang lain. rasa dah kenyang makan tu je

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!