VANILLA SWEET CREAM COLD BREW STARBUCKS

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

SK tanya dengan Iman, Starbucks tak bagi apa-apa ke sempena birthday dia bulan ni. Biasanya kan, mana-mana tempat (tempat ke panggilannya?) yang kita jadi ahli, akan bagi sesuatu yang istimewa, kan. Contohnya, diskaun ke.. baucer ke.. kalau starbucks, bagi kopi percuma ke.. kannnn.

Iman kata, setahu dia, dulu ada, Starbucks bagi kek. Tapi tak tahulah masih ada ke tak. Kalau ada, mesti dia akan kemas kini dalam aplikasi dia, kan. Tapi, tak ada pun (nada sedih).

Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri. Malu bertanya sesat jalan, dulu-dulu la. Sekarang, orang dah guna waze 😆


Iman telefon talian hotline starbucks. Mereka buat semakan, rupa-rupanya, sejak bulan November kami tak jejak Starbucks daaa. Asyik pergi Richiamo la.. Zus laaa.. Jamaica la.. Meja Cafe laaa.. Butterbeans laaa.. Grumpy Goat laaa.. tu belum lagi pergi Kopitiam. Jadik bajet nak ke Starbucks dah disekat, hahaha.

Mereka kata, ahli kena buat satu pembelian sahaja di Starbucks untuk pihak mereka masukkan rewards. Terus laju-laju bonda bawa ke Starbucks Eco Botanic.  Sementara tunggu Iman beli tu, kita pun ambil gambar panorama depan Starbucks. Strategik sungguh tempat Sk mendarat ni, dapat gambar kedai yang mempamerkan logo duyung dan tulisan Starbucks tu.


Vanilla Sweet Cream Cold Brew. Hantu kopi memang suka laa, sebab tu susah betul nak dapat kopi yang ni.. bila ada, terus grab. Ni pun Iman kata, masa dia buat pesanan tu, staf tu berfikir sejenak nak jawab dan tanya staf lain. Nasib baik ada, sebab Iman kan sekarang perutnya dah sensitif dengan susu. Mujur jugaklah di sini ada pilihan susu, kan.

Lepas buat pembelian ni, barulah aplikasi dikemas kini, boleh dapat kek sepotong, tapi... kena beli lagi satu cawan kopi, bertuahhhh!! Hahahahaha. Nasib baik dia bagi tempoh sebulan. Iman kata, tu nanti dia ajak babah pulak.. selamatttt bonda, hahahahaha.. hahahahaha.


Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. fuh kebetulan tengah haus, terliur!

    ReplyDelete
  2. Lama x singgah starbucks...bestnyaaa...

    ReplyDelete
  3. bab selamat bonda tu yang lucu.. hehehehe.

    ReplyDelete
  4. Adeh, panas2 ni sedap ngirup. Sekarang jadi ahli pun macam tak ada istimewa sangat.

    ReplyDelete
  5. Ohh macam tu sistem dia. Kena aktif membeli jugaklah kiranya kan. Pasni babah pulak lah keluar belanja. cantik branch Starbucks ni.

    ReplyDelete
  6. tak pernah rasa perisa yang ni. boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
  7. Kopi Duyiung ni memang kayangan kan....Saya jakun sikit bab-bab ni...Anak-anak ja dok masuk tempat ni..hihihi
    Tapi ke depan-depan nanti tak tau la koot saya dah tak jakun...Sebab nampak sedap...hihihi

    ReplyDelete
  8. Can I make money from sports betting on the internet? - Work
    The basic concept behind betting online is that online gambling sites deccasino make 바카라사이트 money from sports betting. They're essentially งานออนไลน์ betting on sports and

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!