Assalamualaikum...
BARU menghabiskan sebiji limau mandarin pemberian Thistle Johor Bahru semasa Preview Lunar New Year Buffets, tempohari. Mujurlah ada limau sebiji ini, dapat juga mengalas perut sementara menunggu makan malam. Tengahari tadi, Sk makan tak cukup protein gara-gara, ikan cencaru sambal yang Sk tapau dari kantin isinya masih mentah. Ishhh, tak pernah-pernah.
Cerita kisah beberapa kali hanya menapau makanan untuk makan malam. Sebabnya, tentulah malas memasak. Sebab yang kedua, malas pulak nak keluar. Kejadian menapau ni cuma akan berlaku jika Pak Inche dah makan nasi siangnya 😆
Dalam gambar, Mee Goreng Daging, Roti Canai dan Roti Bom dari Warung Pak Mus. Sedap betul mee gorengnya pada tekak Sk dan Pak Inche. Ajak Iman kongsi makan, dia cuma makan sesudu dua aje sebab dah ikut Cikwanya makan Bubur Nasi Istimewa. Roti Bom dimakan sekeping.
Semalam pulak, Pak Inche kata nak makan Char Kuey Teow. Sk terfikir nak cari di pasar malam. Selalu ada jer orang jual kuey teow berkuah tu, tapi semalam, tak ada. Nampak nasi lemak daun pisang, beli dua bungkus. Sedap jugak nasi lemaknya, wangiiii.
Dah namanya isteri mithali 😜, dicarikan juga keinginan suami. Dalam taman memang ada orang jual, saja nak mengada ke pasar malam. Ini Char Kuey Teow Mengaruk namanya, tapau dua bungkus.
Tak jumpa Kuey Teow Basah di pasar malam tu, Sk tapau Kuey Teow Kuali Beso.. hahaha. Sebungkus lagi tu, Lontong Goreng.
Tapau jugak, Putu Piring. Sedap sebab tak kedekut gula. Gaul dengan kelapa yang masin-masin tu, lunak ya amat.
Belum jumpa lagi yang sesedap Lontong Goreng Kak Sab. Bila Kak Sab nak masakkan Lontong Goreng untuk kita agaknya.
Seiring lagi kita SK... PH pun baru makan limau mandarin, jiran bagi semalam. Mee goreng daging pula makan di Langgaq tempohari.
ReplyDeleteMusim limau Mandarin sudah datang. Tahun ni saya jumpa yang manis-manis belaka.
ReplyDeleteIsteri mithali betul la SK ni...👍👍👍
ReplyDeleteTeringin betul nak rasa lontong kering kak Sab tu
Sedapnya dapat mi goreng macam tu. Tengok pun tahu sedap. Untung betul dapat juga hajat tekak nak rasa char kuew teow :)
ReplyDeletecantik corak kain alas limau tu hehe
ReplyDeleteBanyaknya makanan...sedap nampak semuanya...
ReplyDelete