LUNCH DATE & GWS, HUDA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


HARI Jumaat lepas, Pak Inche beritahu, Uda (Huda) sakit mata. Pada mulanya Sk ingatkan sakit mata biasa, yang jadi merah-merah dan asyik keluar tahi mata tu. Hari sabtu, kami tiga beranak ke Konsert Divas & Diamonds di Arena Larkin (ni belum sempat nak cerita), Sk bertanyakan khabar Uda dengan Liza (mereka bertiga ni sepejabat). Baru tahu bukan sakit mata biasa-biasa tapi gelap sebelah pandangan.



Semalam, Uda warded di Hospital Pakar Puteri KPJ untuk mendapatkan rawatan lanjut. Malam tadi, PI cakap, esok tengahari, kita pergi tengok Uda. PI minta Sk ambil dia di pejabat, kemudian pergi sama-sama. Sempatlah Sk singgah Maslee, beli buah sikit dan jus untuk Uda. Alhamdulillah, keadaan Uda nampak stabil dan tidak membimbangkan. Mata pun nampak normal, tiada katarak, strok dan symptom lain. Cuma gelap berbayang la, itu yang Sk faham. Bukan keseluruhan pandangan tapi dalam 90 darjah. Buat masa ini doktor diagnosis Uda mengalami tekanan pada mata kerana tumpuan yang terlalu lama pada skrin komputer. Mungkin juga keadaan ini terjadi selepas mereka kehilangan staf, Akma, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya lebih dua bulan lepas. Sebelum ini, Uda bekerja bersama Akma dan sehingga kini belum ada pengganti Akma. Jadi, Uda kata, dia macam rushing jugak nak siapkan bila client dah buat payment, takkan nak tangguh esoknya pulak.


Perancangan doktor, satu ujian (MRI - Magnetic Resonance Imaging/ Pengimejan Resonan Magnet) akan dilalui Uda untuk mengesan punca kejadian, Semoga tiada yang memudaratkan dan semuanya baik-baik sahaja untuk Uda.

“Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkan semua sakit ini, berilah kesembuhan, hanya Engkau yang mampu memberi kesembuhan. Tiada kesembuhan selain dari-Mu. Sembuh yang sempurna iaitu tidak terkena sakit lagi, Amiiinnn Ya Robbal Alaminnn”




Lepas melawat Uda, PI ajak pergi makan. Demand pulak tu, nak makan dekat Kempas yang ada lauk banyak (sambil kembangkan dua-dua tangan). Sk tahu tu, sebenarnya tempat tu bukan di Kempas tapi di Medan Selera Taman Cempaka. Lebih tepat lagi, Sudut Selera Sri Cempaka yang menjual nasi campur dengan pelbagai lauk masakan kampung. Sampai-sampai, memang orang tengah ramai, kan. PI terus duduk di satu meja yang baru ditinggalkan dan suruh Sk ambil makanan dulu. 


Sistem dekat sini, ambil nasi (ada pekerja sendukkan) dan dia tanya kita nak minum apa. Dalam 10 hari bulan September ni, rasa baru dalam dua kali kot terbantai minum manis, jadi tadi macam terkejut bila dia tanya, air apa? Suara pulak macho semacam, Sk beberapa kali jer pernah makan kat situ, kan.. jadi tak biasa, terperanjatlah kita bila dengar dia tanya, terus tersebut nak Ais Limau, hahahahaha.


Kenal ke ikan apa tu? Sk rasa macam ikan cermin atau ikan bawal emas ke. Ikan ni dimasak lemak cekur macam tu. Setiap ikan dalam tray lauk tu, dia alas dengan daun pisang dan ada kuah masak lemak macam lemak cekur tu la. Biasa Sk jumpa orang guna ikan pari bakar, yang ni macam tak pernah jumpa yang guna ikan ni, dahlah besar-besar ikannya, karang doploh inggit sekeping pulak, dah terkejut lagi, hahaha. Lepas tu ambil sayur pucuk ubi masak lemak sikit. Sebenarnya bukan ambil sikit tapi pucuk ubi tu yang tinggal sikit, hahaha. Letak sambal belacan sikit atas sayur. Kemudian tunjukkan pinggan kat staf yang jaga kaunter tu, dengan ais limau tadi, RM11. Sk toleh dan tunjuk belakang, nanti abang tu bayar ya, hehehe.
 



Lepas Sk duduk, baru PI bangun ambil makanan. Sk makan dululah sikit pelan-pelan, tak lama  PI datang letak pinggan dia, amboi, sampai dua pinggan. Dia pergi cuci tangan tu, sempatlah kita ambil gambar, kalau tak memang tak sempatlah, laju-laju terus dia gaul nasi dengan lauk nanti. PI ambil kerabu mangga, sayur taugeh + tauhu dan ikan pari bakar dan ais limau. Jumlah semua sekali termasuk makanan Sk yang RM11 tadi, RM27 jer. 




Bukan senang ya nak makan tengahari sama hari kerja. Tengoklah tu makan pun bersepah lagi, habis tu pinggannya kecik beno. Tu nasib baiklah ikannya kat pinggan lain, sedap jugaklah ikan tu, dia bakar kosong aje, yang buat sedap, ikannya fresh dan air asamnya pun sedap. Memang patutlah orang ramai. Bos PI yang kat KL pun kalau datang JB mesti minta PI bawa dia makan tengahari kat sini. Cuma tu la, ruang makannya agak sempit, kena datang awal la, kalau nak cop meja, hehehe. Nahhh.. ni alamatnya..


Sudut Selera Sri Cempaka

Gerai No. 1, 
Medan Selera Taman Cempaka, 
Taman Cempaka, Johor Bahru

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kesiannya Huda, susah juga kalau mata kita ni terlalu banyak tekanan kan..harap2 beliau diberi kesembuhan segera..nampak sedap la ikan bakar tu..SA macam familiar la kat sini..macam pernah Haidy bawak sini..

    ReplyDelete
  2. ok nampak dah betapa lajunya tangan PI tu. mujur SK sempat snap gambar. Kalau pak mentua ammi guna ikan pari bakar kan buat masak cekur ni. Dia panggil masak pecel. ntahlah...yg pastinya tak ada anak dia yang mewarisi menu ni. Jadi tinggal kenangan jelah kesedapan tu.

    Moga mata Huda kembali sihat dan tak ada apa yang serius lepas diberi rawatan

    ReplyDelete
  3. Dulu kami tersesat gak makan di sini Kak sebab ingatkan kedai Nasi Padang, rupanya nasi campur aja. Memang penuh lauk pauk situ, puashati makan..

    Moga Uda sihat selalu

    ReplyDelete
  4. Semoga Uda cepat sembuh... harap2 cepat la ada pengganti arwah Akma supaya takde la Uda sampai jatuh sakit sebab kena cover kerja utk 2 orang.

    Nampak sedap lauk-pauk yg PI & SK ambik tu. Harga pun murah walaupun lauk nampak banyak.

    ReplyDelete
  5. Semoga kak Huda segera sembuh dan boleh keluar hospital. Aamiin...

    Tengok rupa ikan bawal tahu lah. Tapi jenisnya saya memang tak tahu. hihi..Tak pernah lagi makan masakan kencur ni. Kena cuba sekali kalau jumpa.
    Tempat yang banyak lauk-pauk ni sentiasa jadi pilihan ramai. Kalau lambat memang dapat apa yang tinggal je lah kan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!