NAK TAK NAK LEPAK MAMAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum... 

"APA kata malam ni kita makan kat kedai mamak yang baru buka tu?" ajak Iman kelmarin. Ada sebuah kedai mamak yang dibuka di kawasan bangunan kedai baru di Bandar Baru Kangkar Pulai depan sekolah. Restoran Bizmi namanya, bila lalu waktu malam, kemahen terang benderang.

Teringin nak makan Maggi Goreng Mamak sebelum puasa katanya. Tambahan, babahnya pulak bertugas di stadium dua malam berturut-turut. Sebenarnya dah lama giler tak makan di kedai mamak. Kalau nak makan masakan India, akan pergi ke Ashoka jer.


Masuk jer kedai mamak, nampak tempayan untuk membakar roti nan dan ayam tandoori bergantungan di kaunter kaca. Terus Iman kata, nak makan nan cheese la, lama tak makan nan cheese. Layankan aje.. tapi, lambat giler siap nan cheese tu, taklah sampai berejam tapi lambat la sangat. Hurmmm.. memang tak boleh lawan Nan Cheese Tarik di SINI tapi tandoori chicken dia sedap giler, hihi. Tapi, bagusnya dia dah potongkan nan cheese tu bahagi empat, Sk makan sekeping tolong Iman sebab...


Misi utama ke mamak kan, nak makan Maggi Goreng Mamak, hahaha. Jadi, maggi goreng tetap order walaupun nak juga makan nan cheese, huwa huwa huwa. Standard la kedai mamak, mee goreng ke maggi goreng ke, memang siappppp! Cuma kat sini, mee atau maggi goreng kaler dia pucat kekuningan tapi masih rasa mee mamak la, sedappp!


Rupa-rupanya Restoran Bizmi ni dimiliki oleh tauke restoran mamak Taufeek dalam taman rumah Sk ni. Kat dalam taman Sk jer ada dua cawangan yang menggunakan nama Taufeek. Terus rasa confident nak makan kat sini sebab memnag dah lama kenal tauke dia tu. Dulu, kalau ke Taufeek, Sk biasa makan puri. Lepas tu baru tahu rupanya puri kat sini ialah puri frozen, jadi ia tak segebu puri yang memang dari doh, digelek dan digoreng. Kentang masala pun tak ada, selalunya puri dihidang dengan kentang masala.. kan..

Tapi, betul-betul lepak mamak la malam tu sebab tunggu Nan Cheese lama, hahaha. Nasib baik order Milo Ais Mangkuk, hahaha. Dulu, tak tahu pun ada menu Milo Ais Mangkuk kat kedai mamak sampailah tengok teledrama  Angkara Cinta, Si Remy order Milo Ais Mangkuk kat kelab golf, hahahha. Lepas tu, Iman cakap, memang budak-budak laki selalu order air gantung (plastik) lepas tu letak dalam mangkuk kat kedai mamak. Satu, airnya dapat banyak, satu lagi, kalau tak habis, boleh angkat terus plastik tu bawa balik, gituh! Yang kelakar, masa hantar milo tu ke meja, bos pun caakap, ini stail KL.. haa.. memang betul pun kat JB macam tak pernah nampak, malam tu pun meja kitorang jer ada mangkuk air ni, hahaha. 

ke... sebab Sk yang jarang-jarang lepak mamak???





Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wah, baru tau ni ada milo ais mangkuk. boleh try. alalalalala sedapnya megi goreng mamak tuh... terbau-bau pulak dekat hidung

    ReplyDelete
  2. kat penang pun mcm tak pernah nmpk milo ais mangkok tu

    ReplyDelete
  3. Lepak mamak sebelum puasa. Pekena ape yang patut sebelum terliur nanti. Pucat pucat pun sedap maggi goreng mamak. Haa baru tahu gak ada milo ais mangkuk. Tak tengok cerita tu jadi lambat tahu.

    ReplyDelete
  4. Hahaha...kat KL mmg dh berlambak air bungkus mangkuk ni SK ...cuma SA x pernah buat laa..sedapnya maggi goreng mamak

    ReplyDelete
  5. Teringin pulak nak makan ayam tandoori... kena cari di kedai mamak jugak ni nanti. Di LD belum ada milo ais bungkus buh dalam mangkuk hehehee.... kira first time lah juga saya nampak ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!