BERITA GEMBIRA DARI POLI

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

Assalamualaikum...

DETIK 12 malam beberapa hari lepas, Sk dah lena diulit intan, tetiba dengar suara Iman menjerit beritahu, keputusan peperiksaan semester lepas yang baru dikeluarkan dilaman web poli. Melayan otak yang dah lama berlayar, sukar juga nak menurunkan sauh, Sk menjawab, Alhamdulillah.. dalam hati, esok aje tanya Iman balik. Pak Inche tepuk-tepuk dada bahu, tanya, dengar tak? Ya.. dengar 😂


Ganjaran untuk anaknda yang berusaha. Lagipun sejak duduk tinggal bersama kami kembali di Johor, dah lama tidak diberi duit poket macam semasa dia di poli dulu. Sekadar duit jajan buat geli-geli jer dan belanja apa yang dia teringin nak makan dan minum.


Reward diri sendiri, kata Iman. Beli t-shirt artis kegemarannya Joji. Haaaa.. Sk pun tak kenal siapa Joji ni 🤔 yang pasti Iman kata, lagu Joji semua sendu 🤣


Iman kata, sayang nak buka duit tu. Dia letak bersama baki jambangan coklat hadiah hari jadi.


Eh eh.. minta belanja stabak la pulak. Dah teringin dari berminggu-minggu lepas tapi asyik tak kesampaian sebab stabak jauh dari rumah. Masa mula-mula pkp dulu takut nak keluar jauh-jauh.


Bahagia la hari ini dapat makan dan minum semua yang diidamkan dari yang paling murah sampai yang paling mahal. Terpaksalah bonda postpone nak beli Portmeirionnnnn 😭










Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Waaahhh...🥰🥰
    Tahniah anakanda Iman🎉🎊🎈

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Tahniah Iman! Keep it up!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniahh Iman!
    Sekali sekala kan Sk, bagi reward dekat anak. Memang senyum lebar la Iman hahaha

    ReplyDelete
  4. Seronoknya Nur Iman Fatiha dapat 4 Flat! Auntie tumpang gumbira.... tahniah! Moga terus cemerlang.

    ReplyDelete
  5. wowwwww power betul iman yer !! tahniah imann 🎉🎉🎉

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah, pandainyaaa Iman.. Amat result dia baru ni mampu 3.68 je.. tu pun dah cukup bagus dah tu.. tahniah buat Iman Kak...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...wish kat sini pulak la...tahniah Iman....well done..

    ReplyDelete
  8. tahniah iman!!! seronok iman dpt reward.. alhamdulillah.. teruskan sem ni pulak ye.. sem ni dgr ceta pn masih online jugak.. huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!