Assalamualaikum...
MELELEH ayaq mata liur tengok kejadian Lempeng Daun Ketumbar dan Sambal Sardin Kak Amie di Lahad Datu sana, lalu kita pun mentiru. Kak Amie kata, asalnya nak buat Lempeng Daun Bawang tapi daun ketumbar saja yang ada kerana daun bawang sudah kelayuan. Jangan jealous Kak Amie, kita ada daun bawang 😜
Memang rupanya tak setanding rupa lempeng Kak Amie tapi iras-iras tu tetap ada 😜. Sk bancuh dua cawan kecil tepung gandum dan tiga cawan yang sama air, garam dan sebiji telur. Sementara tunggu tepung kembang seperti tips Ummi Cella, masuk dulu program GM Budaya Al-Quran. Hari ini BQ bermula awal dari biasa.
Gigih menumis cili demi semangkuk Sambal Sardin. Sk guna sardin jenama tesco, bubuh sebiji bawang besar potong separa bulat dan campak sekali cili padi yang dihiris memanjang. Ini pertama kali cuba sardin tesco, boleh tahan jugaklah rasanya cuma ikan sardinnya mengerekot tak macam sardin jenama lain biasa Sk masak. Jadinya, bila dimasak dan sudah lembut, ikannya terpatah dua.
Tak sia-sia tiru idea Kak Amie. Puaslah mengadap lempeng sekeping demi sekeping. Untuk Iman, Sk panaskan maggi goreng yang order dari Bismi Curry House malam tadi sebab Iman tak makan sardin. Sedikit sebanyak ada jugak yang mengikut selera bapaknya, sardin tak makan, tempe tak makan.. hurmmm...mengadaaa 🤣
Burppp.. Alhamdulillah 😍
hahha tadi makan pureee n sambal sardin gak uyum yg masak tp x smpt nak snap proper gmbr hahha..
ReplyDeleteWah! Cantik bah lempengnya tu SK. Ayu-ayu gitu. Berselera kak Amie tengok. Rasa macam nak buat lagi... tapi segala dedaunan dah yillek hehehehee.
ReplyDeleteWeiiii ...saya baru berangan nak buat...hang dh buat dulu no....hang potong tang kona ye SK..🤣🤣🤣
ReplyDeleteAroma daun bawang tu yang terangkat..
ReplyDeleteCantik corak kat mangkuk
ReplyDeleteBestnyaaaa. kami pun nak meniru jugak lah haha
ReplyDeletesedaptu lempeng daun bawang..akk klu x de daun bawang buh jgk daun sup..ha ha kdg daun ketumbar..ikut suka jiwa ..hihi sadin tesco x pernh cuba lagi..klu sedap boleh cari ni..biasa botan je
ReplyDeleteYa allah...kenapa la daku diduga sebegina rupa tgok entry ni....
ReplyDelete