NASI KERABU KAK YAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

Assalamualaikum...

HARI ini ambil cuti. Sk ada temujanji vaksinasi di Midvalley Mall Southkey. Tetiba jer minggu lepas dapat sms dari MKN supaya semak status vaksin di My Sejahtera. Dan akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu tiba. Waktu temujanji jam 8.30 pagi. Disebabkan Iman mendesak Sk supaya alas perut dulu sebelum vaksin, Sk tunggu Kedai Mesra Petronas BBU buka pukul 8 pagi. Sarapan dulu kat situ dalam kereta lepas tu terus gerak sambil sedut susu berperisa kopi. Sampai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), tengok dah ramaiiiii.. Sk orang yang ke 237 😂😂😂 

Hurmm.. nak cerita pasal vaksin ke, pasal nasi kerabu ni, Sk???


Sejam jugak la di PPV tapi taklah terasa sangat sejam tu sebab sentiasa ada pergerakan. Lepas tu cari jajan untuk Iman di ground floor, gedebak gedebuk sampai Jalan Skudai, pukul 10, terus teringat nak tapau Nasi Kerabu Kak Yah walaupun semalamnya plan nak order Warong... Lupa.. hari ni Warong tutup laaaa Kak Amie 
😅😅😅

Masa-masa macam ni, rupanya tak ada orang beratur panjang di Warung Kak Yah. Kecur ailio tengok macam-macam lauk. Orang kata lepas vaksin lapar.. tak ada maknanya la kalau perut Sk ni memang lapar setiap doploh dua jam 🤭


Nasi kerabu pujaan hati. Memang belum jumpa lagi yang dapat celen nasi kerabu Kak Yah ni. Tapi tadi lupa pulak nak minta sambal lebih. Biar meleleh air mata makan 😆


Sempat capai kuih akok dan cara manis. Cara manis tu tinggal sebungkus ja, sebab tu tak ada dalam gambar sebab ada kat tangan Sk 🤭. Dua-dua ni kuih favourite Iman. Sk suka kuih akok jer cuma akok di sini rasanya kurang asli. Mungkin kaedah pembakaran akok dan mengelat bahan yang digunakan tapi bolehlah layan perasaan 🥰





Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selamat dapatang warga Sinovac,Az @ Pfizer?
    Hihihi....
    Sedapnya nasi kerabu.Yang depat akok pandan tu pulut pagi ke...teringin pulak

    ReplyDelete
  2. Lamanya tak singgah beli dan makan nasi kerabu Kak Yah ni.. adeiii lahaiii..
    Kak tadi sama gan adik kita tapi dia jam 3pm.. dapat Sinovac kan.. janji dah cucukkk..

    ReplyDelete
  3. Dah ptg2 ni br dpt jenguk sini... Nasi kerabu kak seri takde ke��

    ReplyDelete
  4. alaaa...kita teringin nak makan nasi kerabu la...nak lauk daging bakar panas2...bestnyaaa

    ReplyDelete
  5. Lama juga tak makan nasi kerabu. kedai yang biasa beli di sini dah jarang buka. memang kami selalu beli di kedai yang sama sebab pernah beli dikedai lain rasa sedih dan menyesal pulak atas sebab tertentu..hehehe..

    ReplyDelete
  6. Sedapnyalah nasi kerabu. Memang ngam sangat tu beli akok sekali. Solok lada tu....mampu pandang jew.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!