Assalamualaikum...
PAGI ini berlangsung secara maya, Majlis Perpisahan Pengurus Kolej. Hari ini juga sepatutnya giliran Sk masuk ke pejabat tapi disebabkan hari ini adik Sk, Cik Ani akan mengambil suntikan vaksin dos kedua, Sk mohon untuk BDR untuk tolong jagakan Zulaikha sementara emaknya ke PPV. Iman ada topik baru hari ni, jadi dia minta Sk tengokkan Zulaikha. Kalau masa suntikan pertama dulu, memang Iman yang tolong jaga sepenuhnya.
Pagi ini juga lebih kurang antara jam 8.40-8.41, Alam Sari Tanah Jauhar telah mencecah PV ke 20 Juta sejak ia diterbitkan dalam tahun 2009. Diam tak diam, 12 tahun sudah merepek meraban di blog ini 😅. Ramai blogger seangkatan Sk yang telah pencen. Sk??? Tak tahulah berapa lama lagi mampu bertahan. Cuma sejak dua tiga tahun ni nampak macam makin seronok berblog. Boleh cerita panjang-panjang dan boleh jana pendapatan. Walaupun bukan setiap bulan dapat gaji dari blog, tapi bila cash out tu, masa tu la kena servis kereta atau perbaharui insurans dan cukai jalan 🤣
Setakat pagi tadi, Sk telah menerima tiga bukti tangkap layar dari dua blogger dan seorang silent reader yang berjaya memenuhi syarat pencarian 20,000,000 PV. Sk mencari empat pemenang yang berjaya mendapat angka antara 20,000,000 hingga 20,000,100 dan sekiranya sehingga jam 5 petang nanti, tiada lagi yang menghantar bukti tangkap layar angka di atas, Sk akan umumkan keputusannya.
Tungguuuuuu... 😍😍😍😍
Alhamdulillah, ramai pengunjung, lebih semangat berblog..
ReplyDeleteAlaaaaa terlepas sudah!!! Tahniah kak.. Lps ni bertambah lagi la entry2 nya ye hehe
ReplyDeleteTahniah SK. Jangan zikir dulu untuk berhenti.
ReplyDeleteKita berblogging untuk suka-suka, release tension orang kata hihihiii.
wow! best nya...saya nk cecah 1 juta pon belum..hahah
ReplyDeletetahniahhh
tahniah ya..
ReplyDeleteala dah terlepas capture 20k pv.
yeay!! tahniah kak seri..kita lambettt lagi..hahaha
ReplyDeletewahhh lamanya.. sy start tahun 2010.. lepas tu stop kejap..
ReplyDeletetahun 2017 baru start balik.. haha..
tahniah SK! dh 20juta
Eh lagi seorang pemenang dicari. Hehe.
ReplyDeleteTahniah SK...semuga terus berkarya dan berjaya. kak rose punya macam hidup segan mati tak mahu jer!!!
ReplyDeletewah!! tahniah!!
ReplyDelete