Assalamualaikum...
IMAN kata, bonda.. hari tu tak puas makan Nasi Royale JB sebab makan dalam keadaan tergesa-gesa nak kejar kelas. Boleh tak hari ini (semalam) bonda beli Nasi Royale. Siap pesan nak telur masin dan kuah banjirrrr. Sampai depan kedai, rupanya hari isnin tutup daaaa. Fikir apa nak beli untuk lunch, takkan nak beli bubur. Dekat situ ada kedai nasi kukus dan nasi campur jugak, tapi yang malasnya nak masuk Taman Sri Pulai tu. Tetiba, ting!!
Teringat Abu & Co. Iman suka betul makan Ayam Penyet kat situ. Kedainya pun tepi simpang kiri masuk Taman Pulai Perdana 2 aje. Tak stress tunggu lampu trafik bertukar warna. Kedainya pun aman damai. Masa selak buku menu, nampak menu Siakap Penyet. Iman pernah beritahu, kat situ ada siakap, tapi dia takut nak order sebab mahal. Jadi, Sk order satu set Siakap Penyet dan satu set Pecel Lele. Kesian pulak teringat anak tunggul tunggal kita takut nak makan siakap mahal.
Terawat rasa sedikit kecewa anak bunda ya..pandai bunda. Alhamdulillah.
ReplyDeleteSedapnya ikan penyet...Ikan lele tu dulu-dulu saya suka.Dah sejak tak berapa mida ni selera dah mengada pulakðŸ¤
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSedapnyer menjamu selera
Ehh..eeehhh ada pedal pulak ye! Kalau tak baca bawahnya tu, sekali pandang ingatkan burung puyuh goreng!
ReplyDelete